Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tukang songkok kerja siang malam siapkan tempahan raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tukang songkok kerja siang malam siapkan tempahan raya

Haja Mohideen Mohd Shariff

GEORGE TOWN: Sebulan sebelum puasa setiap tahun, beliau akan sibuk untuk menyiapkan beratus tempahan daripada pelanggan termasuk dari Singapura yang mahu mendapatkan songkok buatan tangannya.

Pembuat songkok terkenal Pulau Pinang, Haja Mohideen Mohd Shariff, 68, belajar membuat songkok daripada bapanya ketika berusia 12 tahun.

Dia berkata kemahiran yang dipelajari daripada arwah bapanya itu kini dipindahkan kepada menantunya, Abdul Kader Mydin yang membantu di kedainya, OSM Mohd Shariff bersebelahan Masjid Nagore, di sini.

“Selalunya kami menerima tempahan untuk pelbagai jenis songkok sebulan sebelum Ramadan dan setiap tahun dalam masa ini kami perlu menghasilkan 700 songkok untuk memenuhi permintaan,” katanya.

“Bagaimanapun, saya gembira dia (Kader) boleh meneruskan perniagaan keluarga saya kerana songkok buatan tangan adalah industri yang hampir mati,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan songkok yang dijual di pasar raya dibuat dengan mesin dan boleh dikeluarkan dengan banyak tetapi kualitinya berbeza dengan buatan tangan.

Hari ini, pembuatan songkok ialah perusahaan hampir mati, dan tinggal hanya sebilangan kecil pembuat songkok yang meneruskan perusahaan tradisi ini.

Haja Mohideen berkata proses membuat songkok bermula dengan rangka dalam yang dibuat daripada 18 lapisan, terdiri daripada kertas surat khabar lama yang dijahit dengan satu lapisan kertas coklat dan lapisan kain.

“Ia kemudian dipotong menjadi bentuk bujur untuk bahagian atas, mengikut saiz kepala sementara rangka berbentuk segi empat tepat daripada bahan sama digunakan untuk membuat bahagian dinding atau tepi songkok.

“Mencantumkan rangka atas yang bujur dengan rangka tepi songkok merupakan satu proses yang perlu dilakukan dengan cermat,” katanya.

Katanya, songkok yang siap mesti boleh “duduk tegak” di atas permukaan rata sebelum ia muat dengan sempurna di atas kepala seseorang pelanggan dan keunikan songkok buatan tangan ini ialah setiap satu mempunyai lengkok berbeza berbanding buatan mesin yang semuanya sama.

Haja Mohideen berkata banyak pasukan beruniform seperti polis, tentera dan kadet selalunya menempah songkok berwarna coklat, ungu dan hijau dalam jumlah yang banyak.

Katanya, dia bersama Kader mampu menyiapkan 15 songkok sehari dalam masa sekurang-kurangnya 13 jam dan kebanyakan songkok buatan tangannya dihantar ke peniaga di Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.

“Kami biasanya tidak berniaga pada Ahad tetapi sebulan sebelum dan semasa Ramadan, kami membuka perniagaan setiap hari dari 11 pagi sehingga hampir tengah malam untuk memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan pelanggannya lebih menggemari songkok baldu hitam atau biru dengan ketinggian sederhana, 8.9cm manakala yang mempunyai kelim berwarna perak atau emas khusus untuk kerabat diraja.

Harga songkok bergantung kepada saiz, jenis kain dan corak dan kebanyakan songkok OSM Shariff dijual pada harga RM23 hingga RM35 setiap satu.

— BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Ue8Jf2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.