Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib mahu Malaysia ambil pengajaran daripada kes pedofil Huckle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib mahu Malaysia ambil pengajaran daripada kes pedofil Huckle

Datuk Seri Najib Razak amat marah dan sedih apabila sedar kes penderaan seksual. — Foto failKUALA LUMPUR, 8 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat mengambil pengajaran daripada kes pedofil warga Britain, Richard Huckle bagi mencegah kanak-kanak Malaysia daripada menjadi mangsa serangan seksual.

Perdana Menteri berkata semua pihak perlu memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada situasi atau keadaan di mana orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas mereka.

“Mereka yang bertanggungjawab ke atas penjagaan kanak-kanak mestilah lebih prihatin dan peka bagi mencegah perbuatan terkutuk ini dari berlaku,” kata Najib di laman Facebook.

Perdana menteri berkata beliau berasa amat marah dan sedih apabila mengetahui mengenai kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak Malaysia oleh Huckle.

Huckle, 30, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Britain selepas mengaku salah atas 71 pertuduhan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Dia dikehendaki menjalani hukuman minimum penjara 25 tahun.

Dia dilapor melakukan pelbagai kesalahan bersifat seksual ke atas 200 kanak-kanak Malaysia berusia antara enam bulan dan 12 tahun, dari 2006 hingga 2014. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1Ue5xA7

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.