Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thailand, Kemboja berebut tarian bertopeng tradisi (VIDEO) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thailand, Kemboja berebut tarian bertopeng tradisi (VIDEO)

Thailand dan Kemboja berkongsi warisan tarian bertopeng yang dipanggil Khon dan Lakhon Khol. — Foto Reuters BANGKOK, 8 Jun ― Jika batik dan beberapa seni tari menjadi perebutan hak di antara Malaysia dan Indonesia, negara lain di Asia Tenggara juga tidak terlepas membicara isu sama.

Begitulah yang terjadi kepada Kemboja dan Thailand apabila tarian bertopeng, Khon menjadi perebutan hak antara dua negara, lapor akhbar Thai, The Nation.

Isu timbul apabila Thailand mengemukakan petisyen kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi meletakkan tarian itu sebagai warisan seni kebudayaannya.

Bagaimanapun warga Kemboja menggunakan media sosial mengecam usaha itu mendakwa tarian berkenaan sebagai sebahagian warisan Khmer.

Menteri kebudayaan Thailand Veera Rojpojanarat berkata walaupun mereka berhasrat mengemukakan petisyen ke Unesco tetapi negara itu tidak menyertai Konvensyen Warisan Kebudayaan 2013.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pula mengumumkan di Facebook mahu mengambil langkah sama membawa isu itu ke Unesco.

Walaupun jelas terdapat isu berbangkit, kedua-dua negara itu tidak melihat pertindihan budaya berkenan satu isu besar.

“Jelas negara jiran kami mempunyai budaya hampir sama. Apabila diperhatikan terdapat sedikit perbezaan di antara Lakhon Khol kami dan tarian topeng Khon dari Thailand.

“Kita tidak boleh menghalang negara lain mempunyai budaya hampir sama dengan kita. Sama seperti kita tak boleh halang orang lain memakai baju yang sama,” kata jurucakap Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja, Norak Satya.

Kedua-dua Khon dan Lakhon Khol memaparkan penari, yang biasanya lelaki, memakai topeng sambil diiringi kumpulan muzik tradisional yang dipanggil piphat di Thailand dan pinpeat di Kemboja.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/216NNXX

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.