Polis rampas RM1.2 juta pil ekstasi di Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Polis menyerbu makmal memproses dadah di sebuah kondominium di Bayan Lepas, di sini, yang dijalankan sepasang suami isteri dan merampas pil ekstasi bernilai RM1.2 juta.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang DCP A. Thaiveegan berkata polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mencurigakan di Jalan Relau dan hasil pemeriksaan, polis menemui 10 gram syabu di dalam poketnya.
“Hasil siasatan terhadap lelaki itu membawa kami ke kondominium yang tidak jauh dari situ, di mana dia dan isterinya yang berusia 35 tahun mempunyai makmal memproses dadah.
“Di situ, polis merampas 3,838 pil ekstasi yang sudah siap untuk diedarkan, dipercayai bagi wilayah utara,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis daerah hari ini.
Katanya, dalam serbuan pada Isnin itu polis turut merampas 8.7kg ekstasi dalam bentuk serbuk, 0.3kg ketamin, 0.024kg kanabis dan 75kg serbuk kafein. Bahan kelengkapan membuat dadah yang lain turut dirampas.
Pasangan itu ditahan reman hingga 13 Jun untuk disiasat atas kesalahan mengedar.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/25LfEn9
Post a Comment