Hi! Welcome Back and Stay Tune! Difteria: Pengambilan vaksin lima serangkai naik mendadak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Difteria: Pengambilan vaksin lima serangkai naik mendadak

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mencatat peningkatan mendadak dalam pengambilan vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada pelbagai jangkitan penyakit di semua klinik dan hospital, susulan tercetusnya kes difteria di negara ini bulan lepas.

Peningkatan mendadak itu dikesan berikutan penularan virus difteria dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dengan kes terbaharu membabitkan seorang suri rumah berusia 41 tahun di Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad lepas.

Daripada 15 kes yang dikesan sehingga kini, tiga kes dengan satu kematian dilaporkan di Melaka, Kedah (tujuh kes satu kematian), Sabah (empat kes tiga kematian) dan Negeri Sembilan satu kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, program imunisasi mewajibkan pengambilan vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib dalam kalangan bayi berusia dua, tiga, lima dan 18 bulan bagi mengelak dijangkiti difteria, pertusis, tetanus, polio dan haemophilus influenzae Type B.

“Kementerian Kesihatan menerima laporan dari lapangan lebih ramai ibu bapa dan penjaga tampil ke fasiliti kesihatan kerajaan mahu pun swasta untuk mendapatkan suntikan imunisasi ini,” katanya tanpa menyatakan jumlah peningkatan pengambilan vaksin itu setakat ini.

Mengenai wanita yang dijangkiti virus difteria walaupun diimunisasi semasa kecil, Dr Noor Hisham berkata, memandangkan wanita itu diimuniasi, beliau hanya mengalami jangkitan difteria ringan.

“Selepas enam tahun imunisasi lengkap diberikan, paras antibodi yang terbentuk dalam tubuh akan mula berkurangan. Namun, sel-sel memori yang spesifik terhadap penyakit difteria akan membantu pembentukan antibodi dengan cepat sekiranya mendapat jangkitan di masa hadapan.

“Apabila sejumlah besar bakteria Corynebacterium Diphtheria masuk ke dalam tubuh penerima imunisasi lengkap, antibodi yang terhasil mungkin tidak cukup bagi melawan jangkitan itu…tetapi mereka hanya akan mengalami gejala ringan dan terhindar daripada komplikasi penyakit,” jelasnya.

Menurutnya, penyakit difteria boleh menyerang orang dewasa atau kanak-kanak dan risiko seseorang dijangkiti penyakit itu bergantung kepada status imunisasi mereka.

“Risiko jangkitan dalam kalangan mereka yang mendapat imunisasi lengkap adalah lebih rendah. Sekiranya dia dijangkiti, kebiasaannya gejala itu ringan.

“Bagi yang tidak mendapat imunisasi lengkap, dia cenderung mendapat gejala lebih teruk dan mengalami komplikasi yang boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Program Imunisasi Kebangsaan ketika ini hanya memberi fokus kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke bawah bagi memastikan mereka menerima imunisasi lengkap kerana kumpulan itu berisiko tinggi mendapat gejala difteria teruk disebabkan penghasilan toksin.

“Kadar kematian akibat jangkitan difteria dalam kalangan kanak-kanak juga lebih tinggi dengan mencecah 25% dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun,” katanya.

Menurutnya, difteria juga boleh berjangkit daripada pesakit melalui udara dan sentuhan langsung selain menyebarkan penyakit melalui objek yang dicemari bakteria Corynebacterium.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pembawa bakteria difteria yang tidak menunjukkan tanda dan gejala yang orang lain boleh dijangkiti penyakit itu.

Selain tidak mendapat imunisasi difteria lengkap, banyak punca yang menyebabkan penularan penyakit itu termasuk pesakit tidak mengetahui dijangkiti difteria sehingga mereka gagal mendapatkan rawatan awal dan berdepan risiko komplikasi serta menyebarkan bakteria dalam kalangan masyarakat.

“Kadang kala pesakit yang mempunyai gejala ringan difteria tidak diisolasi dan bergaul rapat dengan masyarakat umum, terutama kumpulan berisiko tinggi khususnya individu yang mempunyai daya ketahanan tubuh rendah seperti pesakit kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi, pesakit HIV/AIDS dan pesakit yang menjalani rawatan steroid jangka panjang,” jelasnya.

Dr Noor Hisham juga berkata, penularan virus boleh berlaku dalam kalangan warga tua kerana pengurangan paras antibodi dan penurunan daya ketahanan tubuh, bayi yang masih kecil dan belum layak menerima imunisasi difteria, pesakit yang tinggal atau berada lama di tempat sesak, kurang pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang memudahkan penularan penyakit.

Selain itu, pesakit dan kontak tidak mengamalkan kebersihan diri seperti etika batuk atau bersin yang betul, tidak membasuh tangan dengan betul serta kontak rapat enggan menerima rawatan profilaksis antibiotik bagi mencegah jangkitan.

“Pesakit yang mengalami gejala dan tanda awal difteria perlu mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan dengan rawatan antitoksin diberikan segera kepada kes yang disyaki difteria tanpa menunggu keputusan ujian makmal.

“Rawatan antibiotik turut dimulakan dan pesakit perlu diasingkan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit. Kontak rapat pula akan diberikan antibiotik profilaksis bagi mencegah kejadian penyakit,” katanya sambil memberitahu orang dewasa boleh mendapatkan imunisasi difteria di fasiliti kesihatan swasta dengan kadar bayaran tertentu.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/29IRCCH

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.