Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perokok alih angin, petani tambah duit jual rokok daun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perokok alih angin, petani tambah duit jual rokok daun

Adam Dollah, 66, menyusun pucuk nipah untuk diproses menjadi daun rokok di pinggir Sungai Semerak di Pasir Puteh 18 Julai 2016. — Foto BernamaPASIR PUTEH, 18 Julai — Kenaikan harga rokok putih telah memberi peluang kepada petani yang tinggal di pinggir Sungai Semerak di sini untuk menambah pendapatan dengan menjual rokok daun daripada daun nipah.

Masih ramai yang gemar mengisap rokok daun menyebabkan ia sentiasa mendapat permintaan.

Seorang pembuatnya Adam Dollah, 66, berkata beliau memperoleh pendapatan tambahan sekitar RM20 dan RM30 setiap hari dengan menjual rokok daun.

“Saya luangkan masa antara dua hingga tiga jam sehari untuk mencari daun nipah selepas selesai mengerjakan tanaman padi dan dan lada,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Bukit Tanah, Kulim.

Beliau berkata beliau memperoleh pendapatan dua kali ganda sejak rokok putih mencecah RM18 sekotak.

Katanya, isterinya Che Rashidah Yaakub, 60, turut membantu memproses daun nipah yang dicari dengan mengopek daun nipah, menjemur, memotong dan akhirnya mengikat daun nipah dalam bentuk berkas kecil.

“Selepas daun nipah menjadi kering, ia dipotong pendek dengan ukuran sebatang rokok biasa untuk dijual kepada peraih atau menjualnya di pasar Pasir Puteh, Jerteh serta Besut.

“Kadang-kadang saya tidak dapat memenuhi permintaan rokok daun yang semakin bertambah disebabkan perokok beralih menghisap rokok daun nipah dan tembakau kampung kerana mereka tidak mampu membeli rokok yang semakin mahal,” katanya.

Menceritakan kesukaran mencari daun nipah sejak 40 tahun lepas, Adam berkata beliau terpaksa mengharungi air separas pinggang sehingga ke paras dada untuk mencari daun nipah dan kadang-kadang terserempak dengan buaya, ular tedung dan ular sawa.

“Hasil menjual rokok daun dan tanaman lain, saya mampu menyara 10 orang anak termasuk lima yang masih bersekolah,” katanya. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/29Gz5qB

Today updated news promoted by Mukah Pages

>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.