Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wan Azizah sah mesyuarat malam ini bincang pilihan raya kilat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wan Azizah sah mesyuarat malam ini bincang pilihan raya kilat

Wan-Azizah_PKR_DAP_6001

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan pilihan raya kilat akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik PKR malam ini.

“Ya, antara agenda mesyuarat,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.

Ketika ditanya samada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijemput menghadiri mesyuarat itu, Wan Azizah berkata DAP sebaiknya hadir kerana pilihan raya kilat perlu dibincangkan oleh semua parti komponen Pakatan Harapan.

“Kita sedang menunggu pengesahan daripada beliau,” kata Wan Azizah, “Kami (PKR) mempunyai hubungan yang baik dengan DAP tetapi kita tunggu dan lihat.”

Sebelum ini, The Star melaporkan perwakilan enam orang daripada DAP termasuk pimpinan kanan parti itu bertemu Wan Azizah malam semalam berhubung pilihan raya kilat.

Laporan itu mendakwa Wan Azizah berdalih mengenai mengadakan pilihan raya kilat dan meminta pimpinan PKR Pulau Pinang supaya menghadiri mesyuarat dan memberikan maklum balas.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2a4Toxl

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.