Hi! Welcome Back and Stay Tune! Izzah: Temui rakyat sebelum naikkan kadar parkir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Izzah: Temui rakyat sebelum naikkan kadar parkir

izzah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menangguhkan kenaikan kadar parkir sehingga mesyuarat dewan perbandaran diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat DBKL hari ini, Izzah berkata ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur tidak dirujuk sebelum keputusan itu dibuat, dan pihak dewan digesa menjelaskan rancangan induknya.

“Kita terpaksa menerima keputusan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan kenaikan kadar parkir ini kerana beliau tidak merujuk kami terlebih dahulu,” katanya.

Izzah menambah dalam mesyuarat dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz memaklumkan mereka bahawa kenaikkan kadar parkir itu diputuskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Terdapat lebih 10 badan yang bertanggungjawab untuk pengangkutan awam darat. Adakah DBKL kini terpaksa merujuk setiap satu badan ini selepas keputusan dibuat,” soalnya.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkata alasan yang diberikan untuk mewajarkan kenaikan kadar parkir itu adalah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, seraya menunjukkan pembuat keputusan tidak maklum akan ketidakcekapan dan ketidakberkesanan pengangkutan awam di negara ini.

“Mereka yang buat keputusan bagi pihak warga KL duduk dalam pejabat berhawa dingin, dan punyai pemandu peribadi, sedang di negara lain, perdana menteri mereka pergi bekerja menaiki keretapi.

“Bagaimana orang yang hidup dalam kemewahan seperti itu buat keputusan seperti ini untuk orang kebanyakan? Ini membebankan rakyat,” katanya.

“Jadi saya gesa menteri supaya turun ke Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam dan tengok sendiri ada tak bas yang boleh mengambilnya dari rumah ke DBKL.”

Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli mengingatkan majoriti warga KL berpendapatan sederhana.

“Golongan atasan perlu faham setiap kali kita bercakap mengenai warga KL, kita tidak maksudkan golongan kaya. Majoriti warga KL samada miskin atau berpendapatan sederhana jadi apabila kamu buat dasar seperti ini, ia akan memberi kesan yang besar keatas kehidupan mereka yang sedia terhimpit,” katanya.

Ahli Parlimen lain yang hadir di sidang media itu termasuk Tan Kok Wai (Cheras), Tian Chua (Batu), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Lim Lip Eng (Segambut), Tan Seng Giaw (Kepong) dan Tan Kee Kwong (Wangsa Maju).





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2acIneG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.