Konsert Selena Gomez tak langgar garis panduan Jakim – timbalan menteri
PETALING JAYA: Konsert bintang pop remaja Selena Gomez di Stadium Malawati Shah Alam 25 Julai depan tidak melanggar garis panduan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim)
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin memberi jaminan penganjuran acara hiburan itu sudah diteliti dan diberi lampu hijau oleh Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Persembangan Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang dinasihati Jakim.
“Jika sesuatu permohonan itu sudah diperolehi dari PUSPAL, bermakna ianya tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa ini,” kata Ermieyati kepada FMT.
Menurut garis panduan PUSPAL yang dilihat FMT, jawatankuasa tersebut menetapkan syarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur dan artis luar negara dalam pelbagai aspek termasuk penaja acara, pemakaian artis, gerak laku persembahan, kewarganegaraan kakitangan dan premis.
Menurut Ermieyati, semua permohonan persembahan artis luar negara perlu melalui PUSPAL, yang diurusetiakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan dinasihati oleh kementeriannya dari sudut promosi.
“Saya percaya, Jawatankuasa PUSPAL akan menjalankan tanggungjawab sewajarnya jika sesuatu penganjuran itu melanggar tatacara yang ditetapkan,” tegasnya.
Timbalan menteri itu menjawab dakwaan PAS bahawa konsert Selena Gomez itu melanggar garis panduan Jakim. Pengerusi Lajnah Dakwan Pemuda PAS Hafez Sabri menggesa pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyekat acara itu yang didakwa merosakkan akidah umat Islam.
Acara ini merupakan sebahagian siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu, dan merupakan konsert pertama gadis berbakat ini.
Sebelum ini, konsert Selena di ibu negara pada 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2a4XIN7
Post a Comment