Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perak, Kelantan akan gam Asri kalau bawa unsur wahabi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perak, Kelantan akan gam Asri kalau bawa unsur wahabi

asri-perak-kelantan

PETALING JAYA: Mana-mana agamawan, walaupun seorang mufti, akan dikenakan tindakan larangan berceramah sekiranya didapati membawa ajaran yang terpesong daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Meskipun terpalit dakwaan penyebaran ajaran wahabi, Mufti Perak dan Mufti Kelantan berkata setakat ini Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin bebas bergerak dan berceramah di negeri mereka.

“Sehingga kini perintah khas menghalang Dr Asri memberi ceramah di Perak tidak ada lagi,” kata Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi FMT.

“Tetapi kita melarang orang yang mengajar bab ini (wahabi). Kita akan tangkap (kalau mengajar bab terlarang), malah sehingga kini tiada rekod tangkapan dibuat.”

Beliau berkata demikian mengulas larangan berceramah terbaharu yang dikenakan Terengganu keatas Asri, yang pernah dikaitkan dengan ajaran wahabi.

“Setakat ini tiada halangan dibuat terhadap mufti itu (Asri),” kata Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula, “Namun mana-mana pihak yang ingin berceramah di Kelantan perlu mendapat keizinan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.”

Selain Terengganu, Asri turut dikenakan larangan di Johor dan Pahang.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata larangan seperti itu dikenakan keatas mana-mana penceramah yang membawa pandangan yang bercanggah dengan ketetapan mazhab Shafi’i seperti tidak bersetuju dengan doa Qunut, mengadakan majlis bacaan talkin dan berdoa selepas solat Jumaat, atau mempertikaikan ajaran berpandukan sifat 20 (sifat yang wajib dimiliki Tuhan dan sifat yang mustahil dimiliki Tuhan).

“Kita sejak dulu lagi siapa-siapa sahaja penceramah yang datang ke negeri Pahang dan menyentuh isu yang membawa perbezaan dengan yang telah ditetapkan para ulama akan dihalang,” tegasnya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2a5uQTW

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.