Hi! Welcome Back and Stay Tune! Australia Tahan 34 Rakyat Malaysia Berkerja Di Ladang Blueberry - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Australia Tahan 34 Rakyat Malaysia Berkerja Di Ladang Blueberry

Seramai 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak telah ditahan oleh Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) kerana berkerja secara haram di sebuah ladang blueberry di New South Wales.

Terletak di utara Coffs Harbour, ladang itu didakwa menjadi sebahagian daripada sindiket tenaga kerja bawah tanah yang mengupah pekerja asing tanpa izin di Woolgoolga.

Aktiviti mereka terbongkar selepas pegawai ABF dan Polis Persekutuan Australia menyiasat hartanah itu pada Selasa berdasarkan maklumat daripada orang awam.

Daripada 34 rakyat Malaysia yang bekerja di ladang itu, 14 daripadanya berada di negara ini secara haram manakala baki 20 lagi bekerja dengan melanggar syarat visa.

Tahanan dewasa telah dihantar ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood untuk dihantar pulang ke Malaysia, manakala tahanan kanak-kanak ditempatkan di pusat tahanan alternatif.

Di Australia, penganjur penipuan visa dan kerja haram berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga AUD$100,000 (RM308,016). – The Star

KLIK BACA: Surat Husam kepada Yang di-Pertuan Agong kes saman ‘class action’ di Amerika

The post Australia Tahan 34 Rakyat Malaysia Berkerja Di Ladang Blueberry appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.