Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengku Razaleigh beri amaran pengaruh pemimpin BERSATU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengku Razaleigh beri amaran pengaruh pemimpin BERSATU

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengambil mudah serta memperlekehkan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Katanya, semua pihak, khususnya Umno perlu memandang serius penubuhan parti baru itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta pernah berada dalam Umno.

Menurut ahli parlimen Gua Musang itu, ini lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengasas parti berkenaan.

“Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pengaruh, berpengalaman dan kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian Online.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak pasti sama ada parti baru itu akan mendapat sokongan rakyat.

“Saya sendiri tidak dapat membuat penilaian mengenai perkara itu kerana ia parti baru tapi yang pasti Umno perlu memberi perhatian serius,” katanya kepada pemberita selepas perasmian penutup Kem Kecemerlangan Perdana Parlimen Gua Musang.

Muhyiddin pada 9 Ogos lalu mendaftarkan BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Bagiamanpun, BERSATU menerima kecaman pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Namun pemimpin dan penyokongnya mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya berdepan dengan Umno di kubu majoriti Melayu. – Malaysiakini

KLIK BACA: Husam mohon doa Agong dalam saman tindakan perwakilan

KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin khianat

KLIK VIDEO: Anis Syafiqah: Satu dunia dah tahu kita kena rompak, kenapa kita boleh relax lagi?

KLIK VIDEO: Aplikasi #TangkapMO1 seperti Pokemon Go dilancar

KLIK BACA: Kadang geram sakit hati baca komen di Facebook, kata Najib

KLIK BACA: Najib kata Nabi Musa pun Tuhan suruh tegur Firaun dengan baik

The post Tengku Razaleigh beri amaran pengaruh pemimpin BERSATU appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.