Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teksi Panduan Automatik nuTonamy Memulakan Operasi Di Singapura Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teksi Panduan Automatik nuTonamy Memulakan Operasi Di Singapura Hari Ini

Minggu lalu kami memaparkan berita Uber akan memulakan operasi kenderaan panduan automatik mereka pada penghujung bulan. Ini akan menjadikan mereka syarikat pertama yang menawarkan perkhidmatan kenderaan panduan automatik kepada pengguna. Nampaknya mereka telah dipintas terlebih dahulu oleh nuTonamy yang memulakan operasi teksi panduan automatik di Singapura bermula hari ini.

NuTonamy-2

Sebanyak enam kenderaan nuTonamy akan menawarkan perkhidmatan teksi elektrik terhad di One North. Kereta elektrik Renault Zoe dan Mitsubishi i-MiEV yang diubahsuai akan membawa penumpang di dalam kawasan perindustrian sebesar 2.5 batu persegi ini. Seperti Uber, perkhidmatan nuTonamy dilanggan menggunakan aplikasi peranti pintar. Syarikat ini bercadang menambah armada teksi panduan automatik mereka kepada 12 menjelang akhir tahun sebelum memulakan operasi ke seluruh Singapura menjelang 2018. Walaupun ia mampu memandu secara automatik, setiap teksi nuTonamy masih mempunyai seorang pemandu bagi tujuan keselamatan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bh4GRM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.