Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga emas maut dilanggar pemandu Adun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga emas maut dilanggar pemandu Adun

Hasnan Ganon maut selepas motosikalnya dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu seorang Anggota Dewan Undangan Negeri dekat Batu Pahat semalam. – Gambar hiasan

JOHOR BARU ― Seorang warga emas maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu seorang Anggota Dewan Undangan Negeri dekat Batu Pahat semalam.

Kemalangan berlaku di Kilometer 142, Jalan Johor Baharu-Melaka, Parit Sempadan Semerah dekat Batu Pahat kira-kira 6.40 petang yang mengakibatkan Hasnan Ganon, 72, dari Kampung Parit Sempadan, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian itu berlaku ketika Hasnan yang menunggang motosikal jenis Yamaha SS sedang dari arah Batu Pahat menghala ke Semerah.

Menurut laporan awal, Hasnan berhenti untuk membelok ke kanan simpang jalan apabila sebuah kereta jenis BMW X5 dari arah yang sama terlanggar motosikalnya.

“Pemandu berumur 39 tahun itu melanggar belakang motosikal Hasnan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Wahib berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, untuk bedah siasat.

Beliau berkata polis menahan sementara pemandu lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik itu bagi membantu siasatan dan kemudian dibebaskan.

Katanya, ketika kejadian, pemandu itu hanya berseorangan tanpa ADUN itu di dalam kereta berkenaan.

Polis, katanya, sedang menyiasat lebih lanjut mengenai kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ― Bernama

KLIK BACA: Surat Husam kepada Yang di-Pertuan Agong kes saman ‘class action’ di Amerika

KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin khianat

KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir mohon maaf pinda perlembagaan hadkan kuasa Agong

The post Warga emas maut dilanggar pemandu Adun appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.