Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak perlukan modal besar swasta jika mahu jadi kuasa ekonomi 2030 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak perlukan modal besar swasta jika mahu jadi kuasa ekonomi 2030

KUCHING: Jika mahu menjadi kuasa ekonomi menjelang 2030, Sarawak memerlukan suntikan modal swasta yang besar bagi membangunkan prasarananya pada kadar yang lebih cepat.

Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Bhd Mohamed Rafidz Ahmed Rasiddi berkata, oleh kerana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hanya mempunyai kapasiti mencukupi bagi membiayai projek utama, pembiayaan swasta amat diperlukan.

Mohamed Rafidz berkata, “ETP (Program Transformasi Ekonomi) menjangka 80 peratus daripada pelaburan adalah daripada sektor swasta yang bermakna peluang bagi pembiayaan swasta adalah besar.”

Menutup forum berkaitan prasarana anjuran bank berkenaan pada Rabu, beliau menjelaskan pembiayaan swasta bagi projek prasarana boleh terdiri daripada modal ekuiti, sukuk, bon, jaminan dan pinjaman bank yang sudah sedia ada.

Beliau menyifatkan dalam kalangan negara Asean, Malaysia paling aktif menerbitkan bon prasarana.

Bank Pembangunan Malaysia Bhd dikatakan mempunyai jumlah portfolio pinjaman RM23.6 bilion sehingga Jun 2016 dan 86 peratus adalah untuk sektor prasarana.

Ia juga menjadi pembiaya pembangunan prasarana yang komited bagi membangun lebuh raya, pelabuhan, pendidikan, telekomunikasi, pelancongan, utiliti.

Sebagai pembiaya prasarana, ia tidak terjejas dengan hambatan pasaran semasa dengan peruntukan jumlah pinjaman yang besar RM6.3 bilion untuk 2016. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.