Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemain Selangor hantuk kepala sampai berdarah, bergaduh sesama sendiri di Kuching - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemain Selangor hantuk kepala sampai berdarah, bergaduh sesama sendiri di Kuching

Hantuk kepala kerana marah. Itu reaksi pertahanan Selangor, Ugochukwu Ukah terhadap rakan sendiri, Mohd Bunyamin Omar, apabila tegurannya dibalas secara negatif malam tadi.

Akibatnya, Ukah yang berasal dari Nigeria kelahiran Parma, Itali dilayangkan kad merah, manakala Bunyamin terpaksa menerima rawatan di luar padang, sebelum menerima jahitan pada dahinya.

Aksi yang berlaku pada minit akhir permainan itu, menjadi kemuncak kepada aksi pertemuan Sarawak dan Selangor di Stadium Negeri semalam, yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri satu gol sama.

Insiden ini dikatakan berpunca daripada kegagalan Bunyamin Omar mengekang kelincahan Nur Shamie Iszuan dan sebelumnya Tommy Mawat Bada di bahagian benteng kanan pasukan pelawat, hingga menyebabkan Ukah terpaksa bekerja lebih keras.

Apabila pertengkaran mulut berlaku, Ukah yang gagal mengawal emosi pantas menghantuk kepalanya ke dahi Bunyamin sambil kedua-duanya bercakaran selepas itu.

Berlaku pada minit-minit akhir permainan dan memaksa beberapa pemain lain campur tangan untuk meredakan keadaan.

Ia menyebabkan Selangor beraksi dengan sembilan pemain untuk seminit lebih sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil, Zulkifli Ahmad.

Sebaik aksi berlabuh, beberapa pemain lain pula melahirkan rasa tidak puas hati namun mereka ditenangkan oleh barisan kejurulatihan pasukan yang berada di bangku simpanan, tempat Bunyamin direhatkan.

Pengendali sementara Selangor, K Gunalan berkata, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden itu, tetapi akan mengemukakan laporan kepada pengurusan pasukan dan berbincang dengan mereka sebarang tindakan lanjut.

” Insiden ini tidak sepatutnya berlaku kerana kedua-duanya pemain profesional,” katanya.

Ketika insiden ini tercetus, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan satu sama.

Sarawak mendahului pada minit 41 menerusi sepakan penalti Junior Aparecido Guimaro sebelum disamakan Adam Nor Azlin pada minit ke-75.

Malah aksi ini mengundang kemarahan amat sangat dalam kalangan peminat Selangor, yang meluahkannya dalam laman facebook persatuan itu. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.