Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gempa Bumi Kuat Landa Myanmar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gempa Bumi Kuat Landa Myanmar

Orang ramai berkumpul di kawasan lapang selepas mereka bergegas keluar dari pejabat berikutan gegaran yang dirasai di Kolkata, India, Rabu. Pegawai-pegawai berkata gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud menggegarkan pusat Myanmar. – Foto AFP

YANGON: Gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud melanda Myanmar pada Rabu, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Agensi itu berkata, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 84 kilometer (52 batu), menggegarkan bangunan tinggi di ibu negara Thailand, Bangkok, wartawan AFP melaporkan.

Ia turut dirasai di bandar Kolkata, India, menggegarkan struktur-struktur tinggi dan menyebabkan penduduk panik.

“Perkhidmatan kereta api bawah tanah telah digantung ekoran kebimbangan gempa susulan,” kata jurucakap Metro Railway Kolkata, Indrani Banerjee kepada AFP.

Gempa bumi itu dirasai di seluruh selatan dan barat daya Bangladesh berhampiran dengan sempadan Myanmar, dengan rakaman televisyen menunjukkan penduduk berlari ke arah jalan raya.

Sekurang-kurangnya 20 orang cedera apabila pekerja-pekerja panik cuba melarikan diri sebuah bangunan di kawasan perindustrian Savar di luar Dhaka, televisyen ATN Bangla melaporkan.

Tiada laporan mengenai kecederaan di Myanmar, tetapi pegawai-pegawai berkata mereka sedang memeriksa laporan awal bahawa beberapa buah pagoda telah rosak di negara majoriti penduduk beragama Buddha ini. – AFP

The post Gempa Bumi Kuat Landa Myanmar appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.