Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pensyarah UiTM kemalangan akibat dikejar perompak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pensyarah UiTM kemalangan akibat dikejar perompak

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh kerugian lebih RM3,000 dan cedera selepas dirompak dalam kejadian di tali air, Jalan Kubang Semang – Foto TMMO

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos ― Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh bukan sahaja kerugian lebih RM3,000 malah mengalami kecederaan selepas dirompak dua lelaki dalam kejadian di tali air, Jalan Kubang Semang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian 8.30 pagi itu, pensyarah berusia 34 tahun dari Sungai Dua memandu kereta jenis Nissan Livina di kawasan sawah di situ untuk menghantar dua anaknya ke tempat asuhan.

“Semasa wanita itu sedang memandu tiba-tiba dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri kenderaannya dan mengetuk cermin hadapan kereta, dia yang ketakutan terus memandu untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun keretanya terbabas masuk ke dalam bendang dan seorang dari lelaki itu kemudiannya telah bertindak memecahkan cermin kereta sebelah penumpang hadapan sebelum mengambil beg tangan pensyarah berkenaan,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Katanya lelaki itu turut mengarahkan mangsa memberi gelang tangan emas yang dipakainya sebelum bertindak merentap gelang berkenaan ketika wanita itu hendak membukanya.

Rusli berkata lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan rakannya yang sedang menunggu bersama motosikal di situ dan semasa kejadian berkenaan tiada sesiapa menggunakan jalan tersebut.

“Mangsa melalui jalan itu untuk menghantar dua anaknya yang berumur tiga dan lapan tahun ke tempat asuhan di Taman Pauh Jaya serta Taman Sutera Prima bagi mengelak kesesakan lalu lintas,” katanya.

Katanya pensyarah itu mengalami kecederaan luka di tangan akibat gelang tangannya direntap suspek manakala dua anak wanita berkenaan bengkak di kepala kerana terhantuk ketika kereta mereka terbabas ke dalam kawasan sawah.

Beliau berkata usaha mengesan dua lelaki dipercayai berusia 20-an itu giat dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan suspek mengekori mangsa di kawasan itu terlebih dahulu sebelum merompaknya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. ― Bernama

KLIK BACA: Surat Husam kepada Yang di-Pertuan Agong kes saman ‘class action’ di Amerika

KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin khianat

KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir mohon maaf pinda perlembagaan hadkan kuasa Agong

The post Pensyarah UiTM kemalangan akibat dikejar perompak appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.