Menteri Luar Jepun, China, Korea Selatan berbincang di Tokyo
TOKYO: Menteri Luar Jepun, China dan Korea Selatan semalam mengadakan perjumpaan di sini.
Tumpuan perbincangan mesyuarat tiga negara itu adalah sama ada Jepun dapat membuka jalan bagi membolehkan sidang puncak dalam kalangan tiga negara Asia itu menjelang akhir tahun ketika Jepun masih berdepan masalah dengan Beijing dan Seoul berkaitan isu sejarah dan kelautan, serta dasar keselamatan.
Menteri Luar Fumio Kishida memberitahu media di sini, perbincangan menteri luar di sini semalam penting bagi membolehkan pertemuan puncak.
Dalam pertemuan Rabu, Menteri Luar China, Wang Yi, Menteri Luar Korea Sekatan, Yun Byung Se dan Kishida membincangkan bagaimana menghadapi Korea Utara yang berterusan mengadakan ujian nuklear dan melancarkan peluru balistik.
Mereka turut membincangkan isu langkah membanteras keganasan, susulan plbagai serangan d pelbagai negara.
Isu lain yang disentuh menurut Japan News ialah perjanjian perdagangan bebas dalam kalangan ketiga-tiga negara.
Kishida turut mengadakan perbincangan dua hala berasingan dengan China dan Korea Selatan. – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment