Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak pengeluar terbesar minyak, gas, tenaga serta punya ekonomi paling pelbagai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak pengeluar terbesar minyak, gas, tenaga serta punya ekonomi paling pelbagai

KUCHING: Ekonomi Sarawak adalah antara yang paling pelbagai di negara ini dengan pelbagai subsektor yang menyumbang pertumbuhan dan ia berkembang pada kadar pesat selaras matlamat yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata Sarawak membuat sumbangan besar kepada beberapa inisiatif ETP di bawah Bidang Ekonomi Utama (NKEA).

Katanya selain sebagai pengeluar terbesar bagi minyak, gas dan tenaga Sarawak juga mempunyai potensi besar dalam beberapa sektor ekonomi lain.

Dalam ucapan pada majlis perasmian Forum Infrastruktir Bank Pembangunan 2016 beliau berkata bidang pelancongan, komunikasi, infrastruktur dan pertanian dilihat mempunyai potensi besar menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Sarawak kini dianggap berada pada landasan untuk menjadi koridor pembangunan wilayah yang sangat penting.

Sarawak telah menunjukkan prestasi yang baik dalam menarik pelaburan asing serta domestik secara konsisten.

“Kami bangga dengan pencapaian ini yang mencerminkan daya tahan dan kekuatan struktur sosial serta politik negeri,” katanya.

Kerajaan sedar untuk membangunkan infrastruktur ia bukan sahaja memerlukan bantuan masyarakat, tetapi juga penyertaan daripada sektor swasta dan institusi kewangan.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranannya yang mesra pentadbiran dan melindungi Sarawak sebagai destinasi kegemaran pelabur. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.