Hanya 14% Peranti Windows Phone Menggunakan Windows 10 Mobile
Windows 10 Mobile Anniversay Update mula diterima sejak 17 Ogos yang lalu. Sungguhpun begitu jumlah pengguna versi terkini sistem operasi peranti pintar ini masih lagi agak rendah iaitu 14%. Windows Phone 8.1 masih lagi digunakan majoriti pengguna WP dengan pegangan 77.3%. Dari segi peranti pula Lumia 535 ialah peranti Windows Phone paling popular dengan 12.3% pengguna platform ini menggunakannya.
Dua peranti terkini dengan spesifikasi tinggi Lumia 950 dan 950 XL tidak tersenarai langsung di dalam carta 10 peranti paling popular Windows. Lumai 950 di tangga ke-25 manakala 950 XL di tangga ke-31.Pada sistem operasi Windows 10 Mobile pula Lumia 550 adalah yang paling popular diikuti oleh Lumai 640 dan Lumia 535. Kepada pembaca Amanz yang menggunakan sistem operasi Windows Phone/Window Mobile, apakah peranti yang anda gunakan sekarang. Sekiranya model lama apakah sebab anda setia dengannya dan tidak memiliki Lumia 950/950 XL?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bjtbN8
Post a Comment