Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Mahathir: Laporan audit 1MDB sepatutnya diserah kepada Agong bukan Peguam Negara, PAC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Mahathir: Laporan audit 1MDB sepatutnya diserah kepada Agong bukan Peguam Negara, PAC

Bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mahathir berkata, mengikut Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan, Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Katanya, Najib telah memerintahkan Ketua Audit Negara supaya mengaudit akaun 1MDB.

“Laporan yang sepatutnya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebaliknya dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Laporan PAC bersama dengan laporan Ketua Audit Negara kemudian dihantar kepada Peguam Negara.

“Laporan Ketua Audit Negara kemudiannya diisytihar sebagai rahsia dan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi,”

Tun Dr Mahathir berkata, tindakan ini bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mana laporan Ketua Audit Negara hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong dan kemudiannya dibentang kepada Dewan Rakyat.

“Amat jelas bahawa Kerajaan pimpinan Dato Sri Najib bukan sahaja mengabai peruntukan Perlembagaan, tetapi bertindak bertentangan dengannya, dengan memberi laporan tersebut kepada Peguam Negara. Ianya kemudian diklasifikasi sebagai rahsia rasmi,” tulisnya di dalam blog beliau hari ini.

Beliau berkata, intipati laporan audit ialah untuk membongkar salah laku atau kepincangan dalam pengurusan oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan kewangan sesuatu organisasi.

“Dengan mengisytihar laporan Ketua Audit Negara sebagai rahsia, maka sia-sia lah tindakan dan tujuan audit diadakan. Rakyat mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas Kerajaan kerana menyembunyi hasil laporan Ketua Audit Negara,” katanya lagi.

KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir mohon maaf pinda perlembagaan hadkan kuasa Agong

KLIK BACA: Surat Husam kepada Yang di-Pertuan Agong kes saman ‘class action’ di Amerika

KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin khianat

* Foto Ismaweb

The post Dr Mahathir: Laporan audit 1MDB sepatutnya diserah kepada Agong bukan Peguam Negara, PAC appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.