Dua perempuan bertekak lapan jam hingga pengsan di pinggir jalan
SHANXI: Dua perempuan bertekak lapan jam di bawah terik sinar matahari, akhirnya terkapar pengsan di pinggir jalan.
Kedua-dua remaja dari Shanxi, China itu saling berteriak tidak mahu mengalah, bertekak tentang hutang sewa rumah yang banyak tertunggak.
Menurut Shanghaiist, pada Selasa, mereka berjanji berjumpa di pinggir jalan pada 2 petang.
Mereka terus berdebat, sehingga salah seorang daripadanya menelefon polis.
Bagaimanapun, polis tidak berjaya meleraikan perbalahan itu lalu menyarankan agar kes tersebut dibawa ke pengadilan.
Namun, mereka menolak dan terus bertekak.
Polis mengalah dan beredar, tetapi ketika polis datang semula di lokasi, mengejutkan kedua-dua remaja terbabit sudah pengsan di pinggir jalan.
Salah seorangnya mulut sudah berbuih.
Ketika berita ini viral di media sosial, terdapat komen netizen yang mengatakan kedua-duanya hanya berlakon dan berpura-pura pengsan. – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment