Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liga Perdana: Jaring empat gol, Rangel muncul wira JDT II - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liga Perdana: Jaring empat gol, Rangel muncul wira JDT II

Pemain Kuantan FA Abdul Malek Mat Ariff (kiri) berjaya menewaskan penjaga gol Selangor PKNS FC Mohd Norhaziq Mohd Aris untuk penyamaan pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 3 Ogos — Pemain import, Paulo Rangel muncul wira apabila menjaringkan empat gol, sekali gus menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) II menewaskan UiTM FC 4-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, hari ini.

Pemain berasal dari Brazil itu bertindak cemerlang selepas menjaringkan kesemua gol pada separuh masa kedua bermula dengan sepakan penalti pada minit ke-61 selepas beliau dikasari pemain UiTM FC dalam kotak penalti.

Penyerang JDT II itu menambah jaringan selang empat minit kemudian dan seterusnya mengesahkan kemenangan selesa pasukan pada minit ke-82 dan 93. UiTM FC meraih gol tunggal menerusi Moustapha Moctar Belibi pada minit ke-63.

Pasukan JDT II kekal di kedudukan kedua liga dengan 34 mata di belakang Melaka United yang mendahului dengan 39 mata.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka United mengekalkan rentak kemenangan dengan menundukkan Perlis 3-1 menerusi jaringan Labinot Harbuzi pada minit ke-18, Ilija Spasojevic (minit ke-40) dan Yashir Pinto (minit ke-52), manakala gol tunggal Perlis dijaringkan Mohd Alafi Mahmud pada minit ke-16. 

Mengekori rapat JDT II adalah PKNS FC di kedudukan ketiga dengan 33 mata, hasil jaringan hatrik Juan Manuel Cobeli pada minit ke-45, 54 dan 90 bagi membolehkan pasukan itu menewaskan Kuantan FA 3-2.

Kuantan FA meraih gol melalui Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-77 dan 82 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. 

Kuala Lumpur pula di kedudukan keempat dengan 29 mata, apabila sekadar seri 3-3 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi jaringan Mohd Rashid Mohd Aya pada minit ke-24 dan Jonathan Zorilla minit ke-58 dan 86.

Gol ATM dijaringkan Khasan Abdukarimov pada minit pertama, Veniec Elphi Danny Kaya (minit ke-36) dan Muhd Faiz Ibrahim (minit ke-62) dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.

Negeri Sembilan kekal di kedudukan kelima dengan 27 mata apabila terikat tanpa jaringan menentang tuan rumah, Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pasukan DRB-Hicom pula kekal di tempat keenam dengan 22 mata selepas menewaskan Sime Darby FC 2-0 menerusi jaringan Ivan Babic pada minit kedua dan 61 di Stadium Proton Tanjung Malim, Perak. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2auor5e

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.