Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tanam ketum: Jangan tambah masalah dadah, kata timbalan mufti Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tanam ketum: Jangan tambah masalah dadah, kata timbalan mufti Perak

Timbalan Komander STING Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed (kanan) menunjukkan bungkusan air ketum serta dadah yang berjaya dirampas dalam Ops Sarang pada sidang media di IPD Besut. — Foto BernamaIPOH, 3 Ogos — Berdepan dengan cadangan untuk menanam ketum secara komersil, timbalan Mufti Perak Zamri Hashim menyeru kepada masyarakat agar tidak menambahkan masalah berkaitan dadah di dalam negara.

Walaupun fatwa tentang ketum masih belum dibincangkan di peringkat kebangsaan dan negeri, katanya dari segi hukum, ia boleh dikiaskan kepada fatwa pengharaman dadah jenis syabu sebelum ini.

“Masalah dadah pun belum selesai, jangan ditambah dengan masalah ketum pula,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.

“Walaupun tidak secara langsung disebut ketum namun boleh dikiaskan kepada ketum kerana ‘ilahnya’ yang sama iaitu memabukkan atau mengkhayalkan serta memudaratkan.

“Namun baik juga Muzakarah Fatwa Kebangsaan membuat penegasan semula khusus berkaitan dengannya,” terang beliau, merujuk kepada daun ketum.

Beliau mengulas mengenai cadangan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang meminta majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan garis panduan bagi elak kekeliruan.

Sementara itu, Melaka tidak menyokong cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mengusahakan penanaman pokok ketum di seluruh negara bagi memenuhi permintaan pasaran luar negara.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman menyifatkan cadangan berkenaan akan memberikan kesan negatif jangka panjang.

“Generasi sekarang pun dah tahu baik buruk penggunaan ketum. Bayangkan kalau pokok ketum ditanam setiap kampung, ia dibimbangi anak-anak tidak mahu pergi sekolah.

“Tak payah susah-susah belajar, ambil sehelai daun dah boleh buat duit. Jadi kita kena ingat kesannya nanti,” katanya.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2b1nYGa

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.