NHK Memulakan Siaran TV Pada Resolusi 8K Pertama Dunia
Siaran TV satelit dan kabel di Malaysia ialah pada resolusi 1080i. Ini sudah dianggap cukup bagus bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ini adalah kerana penggunaan televisyen 4K masih lagi rendah di Malaysia dan dijual pada harga yang tidak mesra dompet. Jepun ialah negara yang terkenal dengan inovasi dan penggunaan teknologi lebih awal dari dunia. OIeh itu tidak mengejutkan apabila NHK menjadi stesen TV pertama yang melakukan siaran pada resolusi 8K.
Siaran bermula sejak isnin lalu dan pada resolusi 8K (7,680 x 4,320 pixel) ia mempunyai resolusi 16 kali ganda lebih tinggi berbanding HD penuh (1920 x1080 pixel) . Selain resolusi yang lebih tinggi, siaran “Super Hi-Vision” ini turut menyokong sistem audio 22.2 berbanding sistem audio 5.1 yang digunakan siaran HD penuh. Tidak seperti siaran biasa NHK, siaran 8K ini hanya akan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 5 petang. Ianya adalah ujian sebelum siaran 8K menjadi standard di Jepun menjelang 2020.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2awzM5d
Post a Comment