Hi! Welcome Back and Stay Tune! TEB-1 – Bas Bergerak Di Atas Kereta Memulakan Ujian Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TEB-1 – Bas Bergerak Di Atas Kereta Memulakan Ujian Di China

Konsep bas yang bergerak di atas kereta diperlihatkan di China pada bulan Mei yang lalu. Semalam prototaip pertama TEB-1 (Transit Elevated Bus-1) memulakan ujian di bandar Qinhuangdao, provinsi Hebei China. Bas berketinggian 16 kaki ini bergerak 7 kaki di atas kenderaan di bawahnya. Sebuah sistem rel khas digunakan sebagai laluan. Dari segi saiz pula ia sepanjang 72 kaki dan 25 kaki lebar. Ia mampu memuatkan 300 orang penumpang pada satu-satu masa.

TEB-1 3

TEB-1 sudah di dalam pembangunan sejak 2010 dan diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kronik di bandar besar seperti Beijing. Kerana rekaannya yang unik ia mampu mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas seperti bas konvensional. Ini sememangnya penyelesaian di luar kotak yang sebelum ini dilihat di dalam filem Total Recall.

TEB-1 1






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2armc14

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.