Tuduhan saya hina Islam tidak berasas, kata Namewee
PETALING JAYA: Penghibur kontroversi Namewee hari ini berkata tuduhan beliau menghina Islam tidak berasas, sambil merujuk sebuah duetnya tahun lalu dengan penyanyi nasyid tempatan Yasin Sulaiman.
“Hentikan fitnah dan tuduhan anda dengan mengatakan saya menghina agama Islam. Untuk pengetahuan anda, Namewee adalah penyanyi Cina pertama dalam sejarah yang berduet bersama penyanyi Nasyid gaya Arab iaitu Yasin Suleiman,” katanya dalam status di Facebook malam semalam.
Namewee mengingatkan, duet itu turut dicalonkan untuk kategori Lirik Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 2016.
Kenyataan Namewee, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33 itu dibuat ketika beliau dikritik susulan video klip terbaharunya, “Oh My God”.
Klip video itu memaparkan empat lelaki mewakili agama utama di Malaysia, yang menyanyi dalam bahasa Mandarin berlatar belakangkan rumah ibadat.
Ia bagaimanapun mengundang kecaman beberapa pihak, dan setakat ini lima laporan polis difailkan.
Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata penyanyi itu kini berada di luar negara.
“Kami tunggu dia balik untuk rekod keterangan,” katanya.
Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today http://ift.tt/2aOq3sM
Post a Comment