Aksi Pra-Jimak Dua Orang Guru Di Sebuah Bilik Di Sekolah
Sebuah video berdurasi lapan minit dimuat naik dalam laman perkongsian video, YouTube memaparkan aktiviti tidak ‘senonoh’ dua individu yang dipercayai guru.
Video yang dimuat naik baru-baru ini menerusi laman sosial mendapat kritikan hebat netizen kerana individu yang dipercayai guru itu melakukan perbuatan tidak moral.
Aksi intim dua individu dipercayai dirakam oleh lelaki dalam video berkenaan di sebuah pejabat di sekolah yang tidak diketahui.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr. Mahdzir Khalid menyedari kejadian itu turut memuat naik komennya melalui akaun Twitter hari ini.
Menurutnya, kertas siasatan sudah dibuka susulan kejadian tersebut serta akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meneliti rakaman video itu.
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment