Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penceraian: Hanya Mereka Yang Pernah Merasa Tahu Akan Apa Itu Erti Derita & Air Mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penceraian: Hanya Mereka Yang Pernah Merasa Tahu Akan Apa Itu Erti Derita & Air Mata

Masyarakat secara amnya beranggapan antara sebab perceraian berlaku (terutama bg perkahwinan mereka di usia muda dan tidak sampai setahun) adalah seperti berikut :

1) Tidak serasi
2) Tidak sefahaman
3) Terlalu memilih, dan tidak bersyukur
4) Tidak cukup ilmu dan terlalu muda untuk perkahwinan
5) Mempunyai masalah dgn ,mertua dan keluarga ipar duai
6) Pasti ada sesuatu yang tidak kena (SOMETHING WRONG) pd pasangan tp xtau mana satu yg xkena, yg pompuan ke yg lelaki.
7) Perceraian itu hina, memalukan dan TIDAK sepatutnya berlaku
8) Pasangan yg bercerai tidak tahu bersyukur & tidak pandai menghargai pasangan yg dilihat sgt “sempurna” pd masyarakat. Sedangkan ramai lg yg masih bujang mencari jodoh.
9) Isteri /suami terlalu busy dan focus pd kerjaya, memihat kpd profile isteri dan “no wonder lah dia bercerai”.
10) Biasalah zaman skrg, x macam dulu, mudah2 je bercerai.

Disebabkan inilah, ramai perempuan yg melarikan, menyembunyikan dan mengasingkan diri, kerana merasakan status mereka terlalu hina dlm masyarakat.. Wallahulmusta’aan.. May Allah protect you!

Memang ada.. tapi, tidak semua hal perceraian disebabkan perkara di atas. Kebanyakan kes2 perceraian di mahkamah syariah jg adalah seperti berikut :

1) Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin
2) Suami kaki pukul dan kaki maki hamun, panggilan kpd isteri bkn “hey perempuan” tp hingga tahap “hei bab*”, “puk*mak* siput sedut semualah. (siput sedut ni daku tambah haha)
3) Suami tidak pulang ke rumah, hanya pulang untuk mendapatkan mknn dan pakaian.
4) Suami Gay dan jijik & geli untuk menyentuh isteri krn tidak bernafsu
5) Suami pemalas yang hanya menanti disuap mkn & minum sedang isteri lelah bekerja. Hanya menanti utk memberi nafkah “batin” sahaja. Dan mengugut dgn perceraian jika enggan. Tidak menghiraukan urusan nafkah isteri dan anak2.
6) Penderaan psychology, isteri tidak diberi layanan, jauh sekali untuk bermanja, menangis merupakan perkara terlarang dan aib bg isteri. Jika menangis, akan disepak terajang dan dimaki hamun. Tubuh badan, dihina dan dibanding2kan dgn perempuan lain yg lebih sexy & mengancam.
7) Suami bercerita tentang hodoh nya tubuh badan isteri kpd kawan2 dan dijadikan bahan ketawa mereka.
8) Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain baik ditempat kerja mahupun dimana2, dan keluar bermaksiat sehingga tahap hubungan seksual.
9) Isteri mempunyai hubungan sulit dengan PEREMPUAN lain baik ditempat kerja, gym mahupun dimana2, dan keluar bermaksiat sehingga tahap hubungan seksual. Lesbian~ (mcm xlogik tp ada)
10) Suami mempunyai hubungan sulit dengan LELAKI lain baik ditempat kerja, gym mahupun dimana2, dan keluar bermaksiat sehingga tahap hubungan seksual. Gay~ (pn mcm xlogik, tp byk kes gini)
11) Suami mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain baik ditempat kerja mahupun dimana2, dan keluar bermaksiat sehingga tahap hubungan seksual.
12) Suami mempunyai banyak hutang sehingga isteri menjadi mangsa pemiutang
13) Isteri yg tidak menunaikan tanggungjawab sbg isteri, pemalas dan menjadikan suami sbg hamba
14) Isteri diceraikan setelah sesi “test” untuk cuba2 dlm perkahwinan tidak berjaya dan bila beranggapan pernikahan hanya satu bebanan dan tidak sesuai dgn mereka.
15) Pasangan baik isteri atau suami, yg tidak melakukan perintah Allah, tidak solat, tidak berpuasa, malah menghina pasangan yang beribadah berlagak alim dan warak.

Kes2 seperti ini, telah menjadikan perceraian mereka wajib dan diharuskan oleh syarak meskipun biasanya pasangan yg tidak bersalah atau yg menjadi “mangsa”, biasanya tidak mahu memilih perceraian dan berusaha mati-matian untuk mempertahankan rumah tangganya. Walaupun sesisi dunia menyokong perpisahan utk kebaikan si mangsa. Perceraian diharuskan bg mengelakkan mangsa terus dizalimi.

Pernikahan ini satu medan tarbiyyah. In & Out. Kebersediaan utk terima tanggungjawab, SABAR. Sabar tu lah YANG BOLEH menahan dr menjelmanya sifat syaitan dlm diri. Sbb tu ada hukum sunat, wajib dan haram dlm bernikah. HARAM bg lelaki menikahi perempuan seandainya dia tahu dia akn memberi mudharat pd bakal isteri. H.A.R.A.M. Jd jgn acah2 kawen hanya krn mahu dilihat sempurna dlm masyarakay. Please.. Jangan. Kasihan si perempuan. Ya Rabb.. Cuba bayangkan, jika tiada perceraian dlm Islam? Apa nasib mangsa2 perkahwinan? Allahu.

Adapun dlm hal bercerai..

Jgn bercerai dgn tujuan dan niat untuk mendapatkan perempuan atau lelaki yg lebih sado, hensem, baik, loving, caring, tebaaboo mcm drama & fantasi FACEBOOK & IG. Sebab, perceraian TIDAK akan menjamin anda akn mendapat seseorang yg lebih3 baik.

Begitu jg sebaliknya. Meneruskan perkahwinan yg zalim, tidak menjamin si dia akn berubah menjadi insan yg lebih3 baik. Pilihan di tangan anda, buatlah keputusan dr hati yg ditunjuk tuhan. Biar pilihan itu pd jalan “syarak”. Bukan keputusan berdasar emosi & sembarang. Yang akhirnya membuka aib sendiri. Pilih keputusan yg boleh membuat anda “bahagia”. ANDA. Bukan org lain.

Seperti mana anda berkahwin dulu, ingat kah? Saat istikharah & Solat hajat? Tulus ikhlas berkahwin krn cinta kpd Allah, Rabbi! Maka begitu jg bercerai. Bercerai itu biar krn Allah, dgn tujuan mengagahkan diri & menguatkan cinta kpd Allah, biarpun terpaksa melepaskan org yg kita cinta & berendam air mata.

Apa daya lg bila diri sudah dibuang? Bangun dan bina kembali diri. Biar saat diceraikan itu, keadaan kita jauh lebih baik. Jauh lebih berharta ! Jauh lebih maju ! Jauh lebih berjaya! Jauh lebih cantik & sihat! Jauh lebih berilmu & warak! Jauh lebih hebat dari saat kita masuk ke alam pernikahan. Keluarlah dr madrasah tarbiyyah pernikahan yg pertama itu dgn “berjayanya aku” melepasi fatrah ujian itu dr Allah dengan senyuman yg gagah, sungguhpun hati itu PEDIH.

Sedih & berduka?
Itu sudah semestinya. Berbulan lamanya itu perkara biasa. Bahkan mungkin tidak pernah boleh lupa karat & lukanya. Sbb kita adalah manusia. Salurkan rasa sedih & duka itu pd jln yg membina diri. Menangislah sambil berlari dan membina kekuatan diri. Bukan menangis, meratap dan menambah rosaknya diri. Nescaya kita terlihat tidak lebih dr sehelai “kain buruk” yg mereput sendiri. so, GET UP!!! You can cry, but G.E.T U.P !!

Buat isteri2 yg diuji, jika suamimu tidak dpt membimbingmu ke syurga, jgn kerana dia anda dihumban ke neraka. Biar kita bimbing diri, pimpin diri, ibubapa & anak2 kita ke syurga. Xperlu tunggu dia. Biar dia durhaka. Tp kita jgn. Ingat, kita sedang dilatih Allah dengan sifat “SABAR”. Biar mulutnya cabul & berjiwa syaitan. Tp kita jgn. Biar dia melepaskan tangungjawabnya, tp kita jgn. Biar dia ingkar dgn Allah, tp kita jgn. Sebab segala apa yg kita lakukan sbg isteri, BUKAN kerana si suami, tp krn Allah. Yang memberi pahala, bahagia & syurga itu adalah Allah, BUKAN si suami. Biar nnti saat kita diceraikan suami yg durhaka itu, kita bkn seorang isteri yg durhaka & hina, tp isteri yg tetap taat, patuh, penuh cinta yg tidak pernah berputus asa dgn Allah. Biar itu menjadi memori akhir yg kita persembahkan sbg seorang isteri buat suaminya. Mudah2an Allah membimbing keduanya pd jln hidayahnya. Ameen! Ameen!

“Hanya yg merasa, akn pernah merasa & memahami apa itu erti derita & air mata “

Buat para peguam, saat mangsa2 ini mencari bantuan, panduan & nasihat, jgn diletakkan “harga” dahulu dimuka pintu yg menjadi syarat utk mereka keluar dr neraka dunia mereka. Sungguhpun itu fakta, jgn terus diberitakan “harus membayar dlm RM500 utk membuka file mangsa, belum lg charge2 lain (sbg contoh). Ini sudah cukup utk menutup pintu2 harapan mereka & merasakan betapa dunia ini sungguh kejam. Sbb kebanyakan mangsa yg dizalimi, mmg tidak berharta. Tp itulah harga yg harus dibayar kerna realitinya khidmat dan urusan memerlukan bayaran. Kerna peguam kesana kemari juga memerlukan modal wang apa lg dlm hal berurusan. Adapun seperti sesetengah peguam yg hatinya masyaallah soleh & ikhlas, mereka mendengar & memberikan terlebih dahulu pilihan2 dan saranan pd urusan2 yg boleh diuruskan sendiri terlebih dahulu, dgn pandangan pro & cons jika mereka memilih utk diwakili peguam atau sebaliknya, yakni membawanya kesnya sendiri utk mengurangkan perbelanjaan. Pilihan, di tgn mangsa. Kita beri mereka harapan & sokongan.

On top of this, Allah itu baik. Allah itu Rahman, Allah itu Rahim. Masakan dia sengaja mahu menyeksa mu. Setelah belajar erti SABAR, maka bermulalah fasa belajar erti REDHA. REDHA ini bkn zikir mulut. Tp zikir hati. Iya, kita sedih. Kita kecewa. Kita merana. Tp mulut kita tidak mengungkit “kenapa & kenapa ya Allah”??!! Kesiannya kt aku ya Allah ” atau sbg nya. Tp hati kita berzikir redha :’) Aku sedih ya Allah, aku merana ya Allah. Tp aku beriman & percaya pd mu, Engkau sedang memberikan yg terbaik utk ku walaupun mata & hati ku belum boleh melihat hikmahnya. Seandainya mmg si dia itu untuk kamu, berdoa & yakinlah bahawa Allah akan datangkan dia kembali dlm keadaan yg lebih baik & SOLEH kpd mu. (Siapa boleh lawan perancangan & kehendak Allah?) Saat itu pn ada sudah lahir sbg org yg lebih baik, hebat, kuat & bersedia. (Bukan yg lemah, lesu, berendam air mata & tiada peningkatan diri. T.I.D.A.K)

Adapun tidak, Allah gantikan dgn INSAN yg jauh lebih baik dr yg dahulu sehingga lupa sudah kita cerita derita.

Adapun tidak, ALLAH MEMBAYARMU DGN SYURGA DI ATAS KESABARAN MU AMEEN!!!

Saat kita redha, percayalah, Allah akn perlihatkan pelangi2 indah dlm kehidupan kita yg dilihat gelap pd sisi pandangan insan lain. Saat orang melihat kamu gagal, ketahuilah bahawa kamu sebenarnya telah menang disisi Allah!

Tulisan ini BUKAN BERTUJUAN untuk menyalahkan kaum adam (atau mana2 pihak) atau menggalakkan anda bercerai. NO. BIG NO HERE. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W “Perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah thalaq (perceraian).” [Sunan Abu Daawud 3/505]

Tetapi ia bertujuan agar kita juga melihat “perceraian” sepertimana kita melihat “perkahwinan”. Supaya kita ADA ILMU & tidak nnti karam sendirian dlm air mata. Know your rights! Dan Paling UTAMA ,untuk membangunkan kembali jiwa2 yg remuk, hancur & roboh akibat perceraian.

For whatever reason, remember “The REWARD will always be greater than the TEST ” Stay Strong. Enjoy your life, pray harder, get closer to Allah, build the new you, work, earn money, FLY & GROW !!

Sumber : Aishah Fauzi



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.