‘Apahal Nak Salahkan Melayu Pulak? Kepala Hotak Tu Jangan Sempit La’
Dulu aku pun tak suka perangai orang Melayu. Orang aku sendirilah. Tapi lepas aku masuk universiti, aku kenal ramai Melayu terer. Terer sains, terer matematik, bertutur 3 bahasa dengan fasih, jadi pemimpin organisasi, melatih mahasiswa, menulis secara kritis, dan banyak lagi.
Lepas tu aku belajar Sejarah, aku tengok orang Melayu dulu-dulu ni pandai pertukangan, diplomatik, pelayaran, ilmu mantik, seni bela diri, seni perang, kraftangan, dan banyak lagi kemahiran.
Sedikit sebanyak terbuka la jugak kepala aku tentang kepandaian orang Melayu. Biasa baca dalam berita hal-hal negatif saja. Tapi bila bergaul, tahu lebih banyak yang positif dari yang negatif. Kata kuncinya ialah PERGAULAN.
Kalau nak kritik Melayu, aku dah habis buat 8 tahun lalu. Dah puas berborak pasal perangai Melayu ni macam buang bayi, hisap dadah, masuk MLM, percaya bomoh, taksub ustaz, label-melabel, pemalas, suka mengumpat, and the list go on. Dah boring dah. Macam mainstream sangat dah sembang hal problem kaum ni.
Dari situ, aku pasang tekad aku pun akan jadi lelaki Melayu yang hebat. Apa yang aku mampu buat sekarang hanyalah jadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar aku yang kini 100% bukan Melayu. Aku tunjuk kepada mereka bahawa ramai lagi orang Melayu yang tepati masa, tepati janji, tak taksub, okey saja dengan pilihan hidup orang, dan genius banyak perkara.
Jadi, bila tengok ada akaun Facebook yang lantang kemain kritik Melayu (iaitu benda yang Mahathir dah buat 46 tahun dulu menerusi buku Dilema Melayu), aku simpulkan sajalah orang itu sebenarnya dahagakan perhatian. Orang-orang itu provokasinya tidak berseni, kritikannya tidak membina, dan hujahnya sangat fallacious. Jangan buang masa.
Memang betul ada pembesar Melayu yang terpalit skandal korupsi. Dah kau hidup dalam Malaysia, memang Melayu la yang banyak problem sebab Melayu majoriti sini. Kau pergi Rusia, atau China, atau Jepun, kau tengok pembesar dari kaum mana paling banyak buat masalah. Bukan Melayu kan? Kepala hotak tu jangan sempit la.
Aku, seorang guru, ialah man of action. I am a man of solution. Benda-benda problem Melayu ni dah tak sesuai nak disembang sekarang. Too 1970’s la sembang punca ni. Kita patutnya sedang fikir penyelesaian. Untuk ekonomi, kita buat pelan ekonomi. Untuk pendidikan, kita bina banyak sekolah dan kita ambil ramai mahasiswa Melayu. Untuk sosial, kita banyak buat program belia.
Kesimpulannya, berenti ajelah bagi perhatian dekat pengkritik Melayu tak berbayar ni. Kita tak perlukan orang macam mereka. Macam ni sedara-sedara, orang yang boleh cerita banyak perangai Melayu yang buruk-buruk, itu tandanya dia banyak berkawan dengan Melayu yang buruk-buruk. Berkawanlah dengan Melayu yang pandai untuk selalu bercakap nilai positif tentang Melayu. Macam aku buat ni la. Kawan aku yang Melayu pandai-pandai tahu. Ada peguam, ada doktor, ada jurutera, etc.
Okeylah. Itu saja. Panjang kan? Tapi kalau nak aku lukis, bagi kepala bapak kau sini aku lukis guna kaki. Kalau cakap Melayu malas membaca, itu bukan masalah Melayu tapi itu masalah kau. Kau jadilah pemalas sorang-sorang. Jangan downgrade Melayu lain yang rajin-rajin ni ke level kau.
Sumber : Mohd Zailee
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment