Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persempadanan Semula Akan Rampas Hak Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persempadanan Semula Akan Rampas Hak Rakyat

Nurul Izzah Anwar

 

Cadangan persempadanan semula melalui sempadan kerusi Parlimen yang baru merupakan rampasan hak rakyat yang terbesar oleh kerajaan undi minoriti, dakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, cadangan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu hanya bertujuan untuk menyelamatkan diri dan kekal di tampuk pemerintahan menerusi manipulasi sistem pilihanraya.

“Keinginan BN untuk memenangi perlawanan sengit ini dengan menyediakan padang yang tidak sama rata, dan seakan menyepak pemain pihak lawan dengan referee yang berpihak biarpun sebelum perlawanan dimulakan.

“Diakui, ini bukanlah permainan. Malangnya, permainan BN ini bakal menentukan hala tuju rakyat negara dan demi masa depan anak cucu kita,” katanya.

Katanya lagi, manipulasi persempadanan semula yang dicadangkan merupakan penghinaan dan tamparan hebat kepada sistem demokrasi yang membawa erti kebebasan dan keadilan untuk rakyat.

“Kita mahukan suara alternatif demi memastikan skandal yang dikaitkan dengan menggunakan dana negara ini mampu dihentikan serta ditangani,” ujarnya.

Beliau dengan itu menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan menerusi Perkenan Yang Dipertuan Agong dalam menangani ancaman utama sebegini.

“Membenarkan persempadanan semula tanpa bantahan merupakan satu kesilapan besar yang sekaligus memberi cek kosong pemerintahan kerajaan BN yang berterusan tanpa akauntabiliti dan halangan daripada pihak pembangkang atau sesiapapun.

“Bayangkan peningkatan tahap pemerintahan kuku besi, perpecahan kaum dan agama hanya untuk menguatkan kedudukan Umno,” katanya lagi.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cxNcP6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.