Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa tak hadkan jawatan PM untuk dua penggal pada masa Tun M berkuasa? – Hishamuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa tak hadkan jawatan PM untuk dua penggal pada masa Tun M berkuasa? – Hishamuddin

KUCHING: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pagi tadi membidas cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada dua penggal sahaja, sekira pihaknya memerintah.

Menurutnya, kenyataan Mukriz itu adalah retorik semata-mata dan “cakap tidak serupa bikin.”

“Kenapa pada waktu ayahnya (Tun Mahathir) menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dia tidak membuat cadangan sedemikian,” katanya ketika diminta memberi komen berhubung kenyataan Mukriz di Shah Alam semalam.

14445134_10154181010764355_6999556149712670203_o

Hishamuddin pagi tadi hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Bintara Angkatan Tentera Malaysia di Pangkalan Udara Kuching, dekat sini.

Beliau yang diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berada di sini selama dua hari untuk lawatan rasmi, termasuk mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem semalam.

Hishamuddin menambah, sekiranya Mukhriz ikhlas dengan cadangan tersebut, beliau seharusnya mengemukakan cadangan ketika Tun Mahathir di puncak kuasa dan memimpin negara.

“Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

“Apa jua yang beliau katakan, beliau perlu konsisten kerana masyarakat di luar sana akan menilai setiap butir kata percakapannya.

“Tetapi kalau cakap tidak serupa bikin, tidak konsisten dengan apa yang berlaku sebelum ini, siapa yang mengambil serius akan kata-kata itu? ” katanya lagi.

Sewaktu berucap di Majlis Malaysia Bersatu Bersama Mukhriz di Shah Alam, malam tadi,  Mukriz berkata Bersatu akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja jika mereka memerintah.

Tempoh had masa itu katanya, perlu bagi mengelak krisis pentadbiran sekarang berulang.

“Insya-Allah kalau kita berjaya dengan izin Allah dan kita dapat tubuhkan kerajaan (PRU14) nanti, kita ingin mencadangkan supaya tempoh Perdana Menteri dihadkan dua penggal sahaja dan tidak lebih 10 tahun.

“Tempoh itu cukup, kerana banyak negara buat begitu,” katanya lagi. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.