Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Bazir Je Belajar Tinggi-tinggi, Takkan Tak Dapat Kerja?’ – Jiran Puaka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Bazir Je Belajar Tinggi-tinggi, Takkan Tak Dapat Kerja?’ – Jiran Puaka

Saya Eya fresh graduate dari sebuah IPTA di sekitar Malaysia. Disini ingin saya luahan kan suara hati sebagai seorang fresh graduate. Sudah berpuluh-puluh Resume dihantar samada melalui email mahupun surat dan sehingga kini satu email mahupun balasan surat tidak saya terima. Cukuplah sekadar memaklumkan sepotong ayat “DUKACITANYA DIMAKLUMKAN….” untuk membuatkan saya mengerti bahawa saya perlu giatkan usaha untuk memohon kerja yang lain. Sesungguhnya selepas graduate dari Universiti, baru saya mengerti ayat yang selalu diucapkan oleh senior-senior “Welcome to the real world”.

Kadang2 bila difikirkan tidak berbaloi semasa belajar saya tidak bersosial seperti rakan2 yang lain. Saya maksudkan sosial disini seperti keluar bersiar-siar, menonton wayang dan sebagainya. Semasa zaman belajar saya cukup menghargai masa dimana roommate saya tido, saya bangun untuk study dan bilamana mereka bangun saya tido. Dunia saya hanya dengan buku. Nota2 sentiasa berada dalam tangan dan sewaktu tido pun saya masih menghafal dan mengingati apa yang diajar oleh lecturer. Semasa menjadi pelajar ijazah, saya berada di tahap selesa dan menjangkakan bahawa grad sahaja, majikan akan mencari kita. Disitu saya silap dan kini baru saya sedar bahawa keluar sahaja dan apabila mengengam segulung ijazah, bahu saya sangat-sangat berat dan bermacam2 di fikiran saya. Bagaimana mahu membayar wang pinjaman saya, mahu mengumpul asset, mahu membantu ibu bapa yang banyak berhempas pulas menanggung saya semasa di pengajian, membantu adik-adik saya dan macam2 lagi.

Genap 2 bulan selepas menganggur, saya mengambil keputusan untuk bekerja sambilan. Begitu susah untuk mencari kerja dimana untuk menjadi guru taska, pengalaman diperlukan. Menjadi guru tuisyen, pengalaman diperlukan. Untuk menjadi kerani, pengalaman sebagai kerani 1 -2 tahun diperlukan. Dimana saya ada pengalaman. Tamat sahaja SPM, saya sambung belajar dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja.

Genap 3 bulan saya menganggur, jiran-jiran mula bertanya dan merisik-risik. Kata nya “ Belajar tinggi2 takkan tak dapat kerja?” Luluh hati saya. Kemudian saya mencuba nasib untuk bekerja part time di kedai makan dan saya diterima dengan gaji RM35 sehari. Oke lah jika nak dibandingkan duduk dirumah dan tidak mempunyai sebarang income. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Saya duga tamat belajar saya akan bekerja di dalam ofis, bawah air-cond dan kini kerja saya hanya lah mengambil order makanan, melayan karenah customer dan pernah customer kata saya kurang bijak hanya kerana telur yang diminta pecah.

Alhamdulillah, dengan gaji yang diterima cukuplah serba sedikit untuk saya membantu membeli barang dapur dan membantu ibu bapa saya serba sedikit Tujuan saya share kisah saya disini kerana ingin mengatakan bahawa kerja pada zaman ini sangatlah susah. . Disini ingin saya pesan kepada adik2 yang sedang belajar, jangan berada di zon yang selesa. Jangan berputus asa dan jangan memilih kerja. InsyaALLAH, rezeki ada dimana-mana . 🙂

– Eya



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.