Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Tahan Geram, Lelaki Nikah Ibu Dan Anak Sekali Gus….. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Tahan Geram, Lelaki Nikah Ibu Dan Anak Sekali Gus…..

Keluarga tunggang terbalik. Itu gelaran yang tepat untuk seorang lelaki Shailesh Dalbot, 60, yang bukan sahaja mengahwini ibu saudaranya malah turut berkahwin dengan anak wanita berkenaan, sebagai sebahagian daripada tradisi puak Mandi yang menetap di kawasan pergunungan di Bangladesh.

Shailesh, baru berusia 15 tahun apabila dia terpaksa berkahwin dengan ibu saudaranya, Shormi Nokrek, yang ketika itu berusia 45 tahun selepas wanita terbabit kematian suami.

Mengikut adat Mandi, seseorang balu itu perlu berkahwin dengan keluarga mendiang suaminya dan satu-satunya lelaki bujang ketika itu ialah Shailesh.

lelaki-kahwini-ibu-dan-anak-sekali-gus-2

Bagi mengelakkan Shailesh curang kepada isterinya itu, dia turut berkahwin dengan anak Shormi iaitu Jelita yang pada masa itu baru berusia tujuh tahun.

Namun Shailesh dan Jelita hanya melakukan seks selepas Jelita berusia 17 tahun dan kini mereka mempunyai empat orang anak.

Sementara dengan Shormi pula, Shailesh menjalani kehidupan suami isteri dengan wanita berkenaan selama 10 tahun, namun mereka tidak mempunyai anak.

gile

“Saya tidak begitu mengingati perkahwinan itu kerana ia berlaku pada 1971 namun tiba-tiba kami diumumkan sebagai suami isteri dan majlis berakhir. Ibu saudara saya kemudiannya menjadi isteri saya.

“Kami sudah biasa dengan tradisi ini dan saya tidak melihatnya sebagai pelik, ia normal pada kami. Ia juga mempunyai alasan yang baik kerana dapat menyelamatkan keturunan kami selain menjadikan hubungan kami kukuh,’’ katanya yang menghormati Shormi sebagai orang yang lebih tua daripadanya.

lelaki-kahwini-ibu-dan-anak-sekali-gus-5

lelaki-kahwini-ibu-dan-anak-sekali-gus-6

lelaki-kahwini-ibu-dan-anak-sekali-gus-7

Sementara itu, Jelita yang kini sudah berusia 52 tahun, dilihat sebagai ketua keluarga.

“Saya dapati saya telah berkahwin ketika masih muda dan saya ok dengannya. Saya tahu dia lelaki yang baik dan kami mengikut adat. Kami amat gembira dengan apa yang berlaku.

“Saya dan ibu saya sebenarnya tidak berkongsi suami. Shailesh tidak lagi bersama ibu saya selepas dia mendapat saya. Itulah tradisi kami dan kami tiada pilihan,’’ kata Jelita.

Bagi puak Mandi, kebiasaannya kaum wanita akan memilih suami mereka dan mengikut adat, wanita akan menjadi ketua keluarga dengan semua harta akan jatuh kepada anak perempuan.

Ramai puak Mandi yang berkahwin dengan ibu dan anak demi memastikan harta keluarga mereka tidak jatuh ke tangan pihak lain.

Sumber : Mynewshub.cc



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.