Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy On7 2016 Dilancarkan – Sebuah Lagi Peranti Dengan Snapdragon 625 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy On7 2016 Dilancarkan – Sebuah Lagi Peranti Dengan Snapdragon 625

Samsung Galaxy On7 2016 dilancarkan di China hari ini. Ia sebuah peranti dengan skrin 5.5″ HD penuh TFT, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Terdapat sokongan untuk kad MikroSD sehingga  256 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13-Megapixel f/1.9 dan kamera selfie 8-Megapixle f/1.9. Bateri yang digunakan pula sebesar 3300 mAh dengan pengecasan pantas melalui port Mikro USB. Android Marshmallow diguanakan dengan pelancar TouchWiz.

galaxy-on7-2016-3

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam. Butang home mengandungi sistem imbasan cap jari terbina. Aneh sekali sebuah pembesar suara mono terletak pada sisi sebelah kanan peranti di atas butang kuasa. Peranti ini menyokong dua SIM bersaiz nano. Talam SIM yang digunakan tidak berkongsi dengan slot kad MikroSD.  Samsung menawarkan tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan merah jambu. Dari segi harga pula Samsung Galaxy On7 2016 dijual pada harga RMB 1599 (~RM 988). Harga yang ditawarkan agak kompetitif. Di Malaysia peranti pesaing dengan spesifikasi setanding dijual pada harga mencecah RM 1700 sebuah.

galaxy-on7-2016-2






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cQPtYj

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.