Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mukhriz: Jika Kita Berjaya, Khidmat PM Dihad 2 Penggal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mukhriz: Jika Kita Berjaya, Khidmat PM Dihad 2 Penggal

mukhrizmahathirmb16042015

 

Sekiranya kerajaan baru berjaya ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Naib Presiden BERSATU, Datuk seri Mukhriz Mahathir berkata tempoh had masa itu perlu bagi mengelak krisis pentadbiran sekarang berulang.

“Insya-Allah kalau kita berjaya dengan izin Allah dan sokongan tuan, puan kita dapat tubuhkan kerajaan (PRU14) nanti kita ingin mencadangkan supaya tempoh perdana menteri dihadkan dua penggal sahaja dan tak lebih 10 tahun.

“(Tempoh itu) Cukup, (kerana) banyak negara buat begitu,” kata anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam itu ketika berucap dalam majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz di Shah Alam malam tadi.

“Tapi lepas ini mungkin ada yang menyatakan Tun Mahathir dulu 22 tahun jadi perdana menteri tak apa pun, tapi zaman itu boleh kot, zaman sekarang ini mungkin kita dah terkena dengan Najib, maaflah. Tak boleh dah, kita takut ia berulang lagi macam tadi tak serik-serik.

“Jadi biarlah sebagai satu amalan kita seorang yang memegang jawatan perdana menteri itu hanya boleh bertanding sebanyak dua kali. Itu pun jika rakyat kekalkan dia untuk penggal kedualah,” kata Mukhriz.

Mengulas lanjut Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah itu berkata beliau yakin sekiranya apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan mustahil untuk berulang isu skandal 1MDB, SRC dan derma RM2.6 bilion.

“Saya yakin tidak akan berlaku masalah RM2.6 bilion, masalah 1MDB atau SRC di bawah kerajaan baru yang kita terajui nanti… insya-Allah,” kata Mukhriz.

Namun, jelas Mukhriz, sekiranya ia berlaku juga pihaknya pasti perlembagaan parti dapat mengatasinya dengan kadar segera.

“Kalau berlaku juga dalam sistem perlembagaan parti kita maklumlah manusiakan kadang-kadang saja nampak baik, jadi kita akan segera mengambil tindakan cepat agar tak meleret menjadi satu masalah besar yang membebankan rakyat,” tegas Mukhriz.
Malah, beliau yang juga ADUN Ayer Hitam berkata tempoh had bagi setiap pemegang jawatan dalam parti juga perlu dilaksanakan.

“Dalam parti, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan selama tiga penggal. Satu penggal tiga tahun dan maksimum sembilan tahun.

“Tujuannya ialah supaya ada selalu muka baru yang masuk dalam parti ini yang memegang jawatan,” kata Mukhriz.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cQ8wC7

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.