Tak Mati Pun Kalau Orang Lelaki Tolong Jemur Baju Sekali-sekala
Semasa aku baca confession ‘abang2 di luar sana, ni adik nak mengadu’, aku tertarik untuk bercerita tentang faktor2 yang mendorong seorang anak teruna untuk melakukan kerja2 anak dara di rumah. Bagi aku, sebenarnya ada 3 je faktor yang boleh mendorong anak2 teruna untuk buat kerja2 rumah.
1. Latar belakang. Faktor ni bukanlah faktor yang kuat sangat, tapi boleh lah bagi sikit dorongan untuk buat kerja rumah. Contohnya macam diri aku lah kan. Adik beradik 5 orang lelaki, aku pula anak sulung. Dengan mak abah busy mencari rezeki, nak taknak, kena lah juga aku masuk dapur. Kalau nak mengharapkan kat mak seorang je yang masak, alamatnya pukul 3 lah baru kami semua boleh lunch. First aku masuk dapur masa cuti hujung tahun darjah 5. Mula2 kerja aku, tukang potong2 sayur je. Lepas 2,3 minggu, up sikit level, potong2 ayam dan ikan. Lepas dah siap sedia bahan2, mak just masuk dapur untuk masak je.
2. Didikan parents. Sebenarnya sebelum aku belajar masak lagi, mak abah selalu dah bagi rutin kerja2 rumah untuk aku dan angah masa hari2 yang tak sekolah. Kerja dia senang je, sapu sampah dan sidai baju. Kerja ni tak tetap kat siapa2. So, siapa cepat dia punya. Aku paling suka sidai baju sebabnya nak bilas baju manual (tak guna mesin). Memang best dapat main air masa bilas baju tu. Boleh main tumbuk2 air dalam baldi macam Jackie Chan. Boleh main tebar baju ala2 tebar roti canai macam Wahid Senario. Hahaha. Siapa baya2 aku, tahulah cerita2 ni.
3. Faktor diri sendiri. Untuk faktor ni, aku bagi contoh 2 orang yang aku kenal. Mula2 abah. Maybe lari tajuk sikit sebab abah aku bukan lagi anak teruna. Hahaha. Tapi, abah aku lah tukang lipat kain di rumah. Biasanya lepas Isyak, masa duduk tengok2 tv tu, mak akan potong kain (tukang jahit) dan abah pula duduk lipat kain. Lagi sorang pula, adik aku yang sorang tu kaki motor. Walaupun dia berkawan dengan geng2 motor tu, tapi boleh juga dia tolong2 masak. Cuma ada masalah sikit lah. Kalau nak suruh dia masak, kena beritahu awal2. Kalau tak, awal2 lagi dia dah keluar rumah dah.
Seriusly, mula2 aku terpaksa. Kadang2 malu pon ada bila dipanggil anak dara. Tapi bila dah matang, satu je aku fikir. Seorang lelaki, kalau sayang isteri atau mak, sepatutnya dia tolonglah diorang buat2 kerja rumah. Kerja2 tu bukan makan tenaga sangat pon, just perlu luangkan sedikit masa je untuk buat kerja2 tu semua.
Kepada yang baru nak berjinak buat2 kerja rumah tu. Aku sarankan mula lah dengan tolong2 sidai baju, basuh pinggan dan sapu sampah. Takyah nak buat semua, buat salah satu pon takpe. Apa2 pon, good luck.
– Cucuq Udang
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment