Lengkapkan Diri Anda Dengan Program Biasiswa Fujitsu-JAIMS
Tahukah anda, selain dari tawaran pinjaman dan biasiswa yang disediakan buat pelajar, terdapat juga program biasiswa jangka pendek yang ditawarkan khususnya untuk golongan pekerja dan juga golongan korporat. Program biasiswa sebegini adalah berlainan kerana tempohnya yang pendek, namun mempunyai fokusnya yang tersendiri dan Fujitsu turut menawarkan program tersebut untuk warga tempatan.
Menerusi program biasiswa Fujitsu-JAIMS Global Leaders for Innovation and Knowledge Programme, peserta dari 18 negara berbeza di Asia akan berhimpun dan menjalani kursus pendek selama 15 minggu bagi menajamkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek seperti pengurusan dan pengalaman dalam dunia yang lebih global. Ia juga bakal dapat menambah ilmu pengetahuan peserta berkenaan keadaan di negara lain, dan membantu dalam melakukan sesuatu keputusan yang melibatkan kerjasama antarabangsa.
Sehingga kini lebih dari 499 golongan professional telah mendapat manfaat dari program yang telah dimulakan sejak tahun 1985. Program ini juga akan membawa peserta melawat pelbagai negara dan juga universiti, termasuklah University of Tokyo, University of Hawaii, National University of Singapore, dan pelbagai lagi. Malah tokoh korporat dari syarikat besar dari Jepun seperti Eisai Co Ltd, Seven-Eleven Japan Co Ltd, dan Hitach Ltd akan turut serta dalam program ini.
Pada kemasukan ke-33 tahun lepas, seorang peserta dari Malaysia iaitu Muhammad Zaim Halilul Rahuman, pengurus dari Telekom Malaysia Berhad telah berjaya mengikuti program ini. Kepulangan beliau dari program ini yang telah membawanya ke empat negara berlainan dan mempelajari ilmu dari personaliti korporat bertaraf antarabangsa telah sedikit sebanyak menambah jumlah peserta tempatan didalam program ini.
Baca: Pengalaman Muhammad Zaim Didalam Program Ini
Bagi menyertai program biasiswa jangka pendek ini, peserta perlu mempunyai pengalaman bekerja sepenuh masa dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya tiga tahun. Peserta juga perlu mempunyai Ijazah Sarjana atau Sarjana muda yang bertauliah. Kemahiran berkomunikasi didalam bahasa Inggeris juga merupakan syarat wajib, dan peserta akan ditemuramah sebelum melayakkan diri.
Untuk kemasukan ke-36 tahun sesi pertama, tarikh tutup permohonan adalah 30 September 2016 sebelum tengahari mengikut zon waktu negara Jepun. Pemohon yang terpilih akan mengikuti program selama tiga bulan setengah yang akan bermula pada 19 Februari 2017. Untuk sesi kedua tahun 2017, ia akan diumumkan pada bulan Disember 2016.
Daftar: Biasiswa Fujitsu-JAIMS
Penafian: Advertorial oleh Fujitsu
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d4OodJ
Post a Comment