Anak Menangis Dalam Kereta, Ibu Pergi ‘Clubbing’… Ibu Jenis Apa ni???
Anak Menangis Dalam Kereta, Ibu Pergi ‘Clubbing’… Ibu Jenis Apa ni???
Satu kejadian mengejutkan telah berlaku di Switzerland yang membuatkan komuniti di negara tersebut.
Orang awam berasa amat kecewa dengan tindakan seorang ibu yang amat mendukacitakan terhadap anaknya.
Seorang wanita berumur 25 tahun tersebut bakal didakwa kerana mengurung anaknya di dalam kereta sementara dirinya pergi ke kelab malam untuk berhibur bersama rakan-rakan.
Dari Dailymail, beberapa orang awam melihat anak kecil sedang meraung dan menjerit-jerit di dalam kereta di kawasan parking kelab hiburan terbabit.
Orang awam kemudian cuba mencari pemilik kenderaan di kawasan sekitar namun gagal, lalu mereka bersetuju untuk menelefon polis. Polis yang tiba tidak lama kemudian pula memanggil mekanik untuk membuka kereta berkenaan yang terkunci dari dalam.
Ibu kanak-kanak tersebut kemudian tiba dan memberitahu polis beliau pergi ke kelab malam bersama rakan sepejabat.
Polis memberitahu wanita tersebut boleh didakwa atas tuduhan cuai dalam tanggungjawab menjaga anak. Siasatan lanjut kini sedang dijalankan.
Diharap kejadian ini dijadikan teladan kepada ibu bapa di luar sana yang masih gemar berhibur agar tidak melupakan anak-anak. Ini satu jenayah!! -PENMERAHDOTCOM
The post Anak Menangis Dalam Kereta, Ibu Pergi ‘Clubbing’… Ibu Jenis Apa ni??? appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment