Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umno Dilanda ‘Gelombang Pertama’ Akar Umbi Sertai BERSATU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umno Dilanda ‘Gelombang Pertama’ Akar Umbi Sertai BERSATU

62fb3054939c75603f207fb76109fe7d

 

Seramai 110 ahli Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi.

Sepuluh daripadanya mengisytiharkan keluar Umno untuk menyertai BERSATU di majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam.

Manakala seorang daripada mereka – ketua cawangan Umno Semarak di bahagian Kota Damansara, Jefri Bin Salleh – sebagai wakil turut menyerah 100 lagi borang keahlian dari ketiga-tiga bahagian berkenaan untuk menyertai BERSATU, sambil disaksikan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah.

Pengisytiharaan keluar parti itu diketuai oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar.

Mohd Hamidi Ahad lalu dilapor meninggalkan Umno selepas dicabar oleh salah seorang menteri Umno supaya berbuat demikian.

Pada Mei lalu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu laporan dipetik sebagai mencabar Mohd Hamidi mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.

Nazri dilapor berkata demikian sebagai respon kepada komen Mohd Hamidi bahawa pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.

Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, penyertaan 110 ahli parti itu malam tadi hanyalah gelombang pertama.
Malah, Mohd Hamidi mendakwa beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu.

“Malam ini hanyalah gelombang pertama dan ia akan disusuli dengan gelombang seterusnya. Saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai BERSATU,” katanya.

Antara yang menyertai BERSATU malam tadi ialah AJK Umno bahagian Serdang, Zainurin Ariffin; exco Pemuda dan ketua Umno cawangan di bahagian Kapar, Mahathir Mansor.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cLorhS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.