Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPR Wajar Jawab Isu Persempadanan Semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPR Wajar Jawab Isu Persempadanan Semula

SPR

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar memberi penjelasan di atas tindakan mereka melakukan persempadanan semula kepada pihak-pihak yang terlibat.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Unimas, Dr Jeniri Amir berkata, SPR seharusnya meredakan semula ketegangan yang berlaku membabitkan pihak-pihak yang terbabit dalam menjelaskan sebab sebenar mereka mengambil tindakan sedemikian.

“SPR harus menjelaskan integriti mereka mengenai persempadanan semula ini dan menjelaskan bahawa tindakan mereka itu tidak akan menguntungkan mana-mana pihak yang terlibat.

“Jika mereka mengambil langkah berdiam diri, makanya akan muncul spekulasi lain serta akan menjejaskan reputasi mereka,” katanya lagi.

Isnin lalu, SPR dilaporkan akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPR buat kajian persempadanan semula Parlimen, Dun]

Menurut Jeniri lagi, dalam isu ini SPR tidak punyai pilihan lain selain menunjukkan bukti yang kukuh supaya tidak ada pihak yang akan persoalkan tindakan mereka itu.

“Tunjukkan bukti yang konkrit kepada orang ramai yang menuding jadi mengatakan SPR tidak telus. Pegawai SPR harus bertindak menggunakan landasan yang betul supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam isu seperti ini,” tambahnya lagi.

Beliau juga mengatakan bahawa dakwaan parti-parti politik yang jelas mengatakan bahawa persempadanan semula ini merugikan mereka adalah tidak benar.

“Parti-parti politik ini harus kaji semula dakwaan mereka ini dan lihat sejauh mana mereka akan rugi. Ia perlu diteliti dengan betul jika mahu melakukan satu dakwaan yang berasas.

“Tanpa fakta atau dasar yang betul, dakwaan yang mereka katakan itu tidak adil. Oleh itu, seharusnya mereka meneliti semula sama ada benar tindakan SPR ini betul-betul akan merugikan mereka,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan SPR adalah demi masa depan negara yang lebih matang dan bukanlah untuk mengatasi kepentingan mana-mana parti politik.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2do7BaX

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.