Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadangan PM 2 Penggal Tidak Terpakai Untuk Ketua Menteri Penang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadangan PM 2 Penggal Tidak Terpakai Untuk Ketua Menteri Penang

mukhriz_pm

Pakatan Harapan dan sekutunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum bertemu secara rasmi untuk sebarang perbincangan lagi.

Justeru kenyataan Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jawatan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan nanti akan dihadkan kepada 2 penggal sahaja, hanyalah kenyataan peribadi beliau untuk mendapatkan sokongan kepada dirinya – bukan kenyataan rasmi mana-mana pihak.

Cadangan itu bagaimanapun masih boleh dipertimbangkan, tapi apa pun pertimbangan tersebut, ia tidak akan melibatkan kedudukan Ketua Menteri Penang kerana Perdana Menteri dan Ketua Menteri (atau Menteri Besar) adalah 2 cerita yang berbeza.

Terutama dalam bab kuasa dimana kuasa Ketua Menteri dan Perdana Menteri adalah jauh bezanya.  Jadi tidak perlu menghadkan jawatan tersebut kerana tidak banyak yang boleh dilakukan sebagai Ketua Menteri, berbanding jika dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menjadi Perdana Menteri lebih terdedah kepada pelbagai kebarangkalian untuk menyalahgunakan kuasa, berbanding dengan Ketua Menteri – sebab itu adalah logik untuk Mukhriz mencadangkan sedemikian.

Sebagai anak kepada Perdana Menteri selama 22 tahun, sudah tentu Mukhriz telah melihat pelbagai bentuk salah guna kuasa yang boleh dilakukan seorang Perdana Menteri.  Dr. Mahathir sendiri terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang pemerintahannya, antara lain dakwaan mengarahkan Petronas mengambil alih konsortium perkapalan milik anaknya, Mirzan.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2d2jSDj

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.