Kanak-kanak 18 bulan dicabul cedera di kemaluan, polis buru lelaki di Sibu
SIBU: Seorang lelaki tidak dikenali yang gila seks, bertindak mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun enam bulan di sini, kini diburu polis.
Akibat perbuatan terkutuknya itu dilakukan ketika ibu kanak-kanak itu keluar rumah dan pagar rumah terbabit dikunci, manakala pintu rumah dibiarkan tidak berkunci.
“Tidak diketahui datang dari arah mana, suspek menyelinap masuk ke dalam rumah sebelum mencabul mangsa dipercayai dengan memasukkan jarinya ke dalam alat sulit mangsa,” lapor Utusan Borneo.
Difahamkan kanak-kanak berkenaan cedera di kemaluan selepas menjadi mangsa cabul seorang lelaki tidak dikenali yang wajahnya dicam ibunya ketika lelaki itu melarikan diri.
Menurut akhbar itu, sebelum kejadian, mangsa dan abangnya berusia enam tahun tinggal bersendirian di rumah mereka di Jalan Hardin di sini.
Ibu mereka dipercayai pergi mengambil pulang seorang lagi anaknya di sebuah tadika berdekatan.
Insiden itu disedari abang mangsa namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketakutan.
Selang beberapa minit kemudian, suspek melarikan diri selepas menyedari kehadiran ibu mangsa.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.
Satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa dan gerakan memburu suspek kini giat dilakukan berdasarkan lakaran wajah yang dibuat ibu mangsa. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment