Google Menyambut Ulang Tahun Ke-18 Hari Ini
Selamat hari ulang tahun ke-18 diucapkan kepada Google hari ini. Usia masih remaja tetapi impak syarikat ini ke atas dunia adalah amat besar. Bermula sebagai laman enjin carian, ia kini terlibat dalam pembangunan kecerdasan buatan, pemetaan, kereta pemanduan pintar, emel, perkhidmatan penstriman video, sistem operasi komputer dan sistem operasi peranti pintar.
Siapa boleh menyangka sebuah enjin carian kini menjadi kegunaan harian yang digunakan berbillion pengguna setiap hari. Cuba bayangkan dunia tanpa Google buat seketika. Kemudian fikirkan pula apakah yang telah anda lakukan pada berusia 18 tahun? Menarik bukan? Sekali lagi selamat ulang tahun ke-18 buat Google dan jangan lupakan moto anda untuk “jangan menjadi jahat”.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cRQVo7
Post a Comment