Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Xperia XZ Dan Xperia X Compact Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Xperia XZ Dan Xperia X Compact Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 September

Pada IFA 2016 yang diadakan pada awal bulan September 2016 tempoh hari, pihak Sony telah memperkenalkan dua telefon pintar mereka, iaitu Xperia XZ dan juga Xperia X Compact. Kini, agak pantas, kedua-dua peranti berkenaan bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 30 September 2016 ini.

Xperia XZ_005

Sony Xperia XZ merupakan telefon pintar bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p, hadir menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 23-megapixel, serta kamera hadapan 13-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dan juga menyertakan sokongan kalis air serta NFC.

Xperia X Compact

Sony Xperia X Compact pula merupakan telefon pintar bersaiz kompak daripada Sony dengan skrin bersai 4.6-inci, tetapi menggunakan spesifikasi sedikit rendah – termasuk paparan pada hanya 720p, menggunakan cip Snapdragon 650, memori 3GB RAM dan kamera belakang 23-megapixel.

Harga jualan dan tarikh ia mula ditawarkan dijangka diketahui pada acara pelancaran yang dijadualkan pada 30 September 2016 ini.

Baca : Pandang Pertama Xperia XZ






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d2K6Wp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.