Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tingkatkan langkah keselamatan elak Abu Sayyaf menyusup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tingkatkan langkah keselamatan elak Abu Sayyaf menyusup

KOTA KINABALU: Langkah keselamatan perlu terus ditingkatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi mengelak anggota Abu Sayyaf menyusup masuk ke negara ini susulan operasi ketenteraan yang dilancarkan terhadap kumpulan militan itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, langkah untuk mengekang anggota Abu Sayyaf melakukan jenayah rentas sempadan sukar jika saki bakinya terlepas ke negara ini.

Abu Sayyaf telah menculik rakyat pelbagai negara termasuk Malaysia untuk mendapatkan wang tebusan.

Untuk itu, kata Masidi, tiga negara berjiran yang terbabit, iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina perlu mengukuhkan kerjasama.

Beliau menyarankan agar perbincangan diplomatik diadakan dalam kalangan negara terbabit bagi mencari pendejatan terbaik untuk membanteras jenayah termasuk penculikan di Laut Sulu.

“Pendekatan terbaik adalah dengan mengadakan persidangan peringkat wilayah berkaitan isu keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Alam Sekitar Marin: Keselamatan dan Pembangunan di Laut di sini, semalam.

Beliau berkata, pasukan keselamatan perlu kuat kuasa sepenuhnya undang-undang bagi mengekang pencerobohan. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.