Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pastikan Tidak Ada ‘Najib Kedua’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pastikan Tidak Ada ‘Najib Kedua’

Pastikan tidak ada ‘Najib kedua’

 

PAKATAN Harapan dilihat bukan sahaja mampu menggantikan BN, malahan apa yang lebih penting ialah perlu memastikan tiada lagi ‘Najib kedua’ dalam pentadbiran kerajaan baru Malaysia, lapor Sin Chew Jit Poh.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau menyokong penuh Pakatan Harapan menjadi pakatan yang lebih kuat untuk menjatuhkan BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pakatan Harapan bukan sahaja mahu menggantikan BN dan cipta Malaysia Baharu, ia juga mahu memastikan Najib turun dan tidak ada lagi ‘Najib kedua’ dalam Malaysia.

“Saya harap rakyat bukan sahaja sokong DAP, malahan turut sokong Pakatan Harapan yang sedia bekerjasama dengan Bersatu,” katanya pada jamuan malam sempena ulang tahun ke-50 DAP di Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam pada itu, dalam majlis tersebut, Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof juga berharap semua parti pembangkang perlu memperkuatkan kerjasama untuk menentang BN.

“Semua parti pembangkang perlu menyahut seruan Kit Siang untuk bekerjasama dengan Bersatu. Pakatan Harapan kini menjadi satu-satunya tempat untuk semua menyatupadukan semua parti pembangkang,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pula berkata, Umno dan Najib jangan menyangka persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu boleh memihak kepada mereka.

Menurutnya, sekiranya Pakatan Harapan dapat berusaha meningkatkan strategi untuk meraih sokongan Melayu, peluang untuk menjatuhkan BN adalah cerah.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cxS03C

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.