Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas Kantoi Video Tersebar Akhirnya Nadia Nordin Buat Pengakuan Kenapa Begitu Berani Pukul Perempuan Dengan Botol Arak, Rupanya Laki Dia Tu Dah Banyak Kali . . - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas Kantoi Video Tersebar Akhirnya Nadia Nordin Buat Pengakuan Kenapa Begitu Berani Pukul Perempuan Dengan Botol Arak, Rupanya Laki Dia Tu Dah Banyak Kali . .

nadiaa

Gambar dah tersebar, video dah tersebar, dan macam-macam versi cerita juga telah tersebar luas. Nama Nadia Nordin turut melonjak naik sebagai topik trending nombor 1 di Twitter hari ini. Kalau nak tahu lebih terperinci tentang Nadia Nordin, boleh rujuk di Twitter. Segalanya ada di situ.

Di sini, kami hanya nak sampaikan beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada kes ini. Antaranya:

1. Kawan baik boleh menjadi musuh terhebat dalam hidup kita

Dalam kes ini, Nadia Nordin dilaporkan mengamuk dan ‘naik hantu’ kerana suaminya curang bersama kawan baiknya sendiri. Nadia bersama beberapa orang lagi menyerang masuk bilik hotel tempat suami dan kawan baiknya ‘bersenggama’, kemudian menemui kawan baiknya itu sedang terlanjang bulat tanpa seurat benang.

Ini memberi persepsi bahawa kawan baik kita sendiri berpotensi untuk mengkhianati kita sehingga ke tahap merampas suami (atau isteri). Apa-apa pun, minta dijauhkan daripada kita semua.
says.com

2. Jika semua lelaki hanya mementingkan kecantikan pada seorang wanita, mana mungkin suami Nadia Nordin berlaku curang

Melihat pada gambar Nadia Nordin yang tersebar luas di media sosial, beliau tidak dinafikan ada rupa dan mempunyai wajah yang cukup jelita. Meskipun begitu, suaminya masih berlaku curang terhadapnya dengan bermain ‘kayu tiga’ bersama sahabat karibnya sendiri.

Atau mungkin rakan karib Nadia Nordin itu lebih cantik daripada dia? Yang ini kita kurang pasti.

3. Jangan mainkan hati wanita

32c3Image via religionenlibertad.com
Wanita selalu dipandang sebagai kaum yang lemah di mata si Adam. Disebabkan itu, lelaki kadang-kadang suka mengambil kesempatan atas kelembutan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka itu jenis pendiam dan pasif.

Tapi ingat, wanita jika hatinya telah terguris, segala apa yang dipendam selama ini boleh meletus sehingga mampu menjadikan mereka bertindak melulu tanpa mempedulikan apa yang akan terjadi. Ini sama seperti tindakan Nadia Nordin membelasah skandal suaminya serta suaminya sekali.

Senang kata, jagalah hati dan perasaan pasangan masing-masing seelok-eloknya.
says.com

4. Kalau dah kahwin, buatlah cara macam dah kahwin

7685Image via blogspot.com
Tiada lagi istilah skandal, tiada lagi istilah girlfriend atau boyfriend, tiada lagi rutin keluar dengan berlainan pasangan, tiada lagi hidup sebagai seorang bujang, dan tiada lagi keputusan yang dibuat berseorangan.

Segalanya berubah dalam hidup orang yang dah berkahwin. Tanggungjawab semakin besar, tanggungan semakin besar, dan komitmen juga semakin besar. Ingat, anda kini hidup bersama pasangan yang telah berjanji untuk sehidup semati dengan anda. Pastikan anda pegang erat pada janji itu dan berusaha sehabis baik dalam mengekalkan hubungan.
says.com

5. Kenapa mesti nak viralkan?

‘Masuk dalam YouTube. Konfem viral!’
Kami tak faham kenapa budaya orang sekarang memang suka viralkan hampir semua benda. Dan banyak kali sangat kita lihat kes-kes seperti ini di mana mesti akan ada orang yang rakam segala apa yang berlaku tanpa masuk campur. Sudahlah rakam, lepas tu pergi upload pula di media sosial. Kalau tak upload tak boleh ke?

Apa yang kami rasa, perkara-perkara sebegini sebenarnya dapat dielakkan daripada mendapat perhatian ramai. Ya, mungkin ada pengajaran yang nak disampaikan tapi kadang-kadang kes remeh yang tak masuk akal pun diviralkan juga. Oleh itu, kalau boleh tak perlulah kita mengaibkan mana-mana pihak dengan memuat naik video atau gambar yang boleh menjatuhkan maruah mereka.
says.com

6. Jangan percaya bulat-bulat dengan media sosial

Untuk kes Nadia Nordin ini, macam-macam versi cerita yang timbul. Ada yang cakap lelaki itu bukan suami Nadia tetapi bekas suami. Ada yang cakap lelaki itu masih lagi suami Nadia. Ada yang cakap Nadia membogelkan skandal suaminya. Ada juga yang cakap skandal suaminya itu sudah sedia ada bogel ketika Nadia datang menyerbu di bilik hotel.

Cerita pelbagai versi ini memang perkara biasa. Masing-masing tak dapat nak tentukan sumber mana satu yang betul. Oleh itu, kami nasihatkan agar kita jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang terhidang di media sosial. Kalau salah sebarkan boleh jadi fitnah pula.

Sumber: says.com

The post Lepas Kantoi Video Tersebar Akhirnya Nadia Nordin Buat Pengakuan Kenapa Begitu Berani Pukul Perempuan Dengan Botol Arak, Rupanya Laki Dia Tu Dah Banyak Kali . . appeared first on RinganBerat.com.



from RinganBerat.com http://ift.tt/2cZbdhu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.