Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penganalisis politik: Undi pengundi bukan hak milik kekal parti tertentu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penganalisis politik: Undi pengundi bukan hak milik kekal parti tertentu

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, parti politik harus sedar bahawa undi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bukan hak milik kekal atau eksklusif  parti-parti tertentu.

Justeru, kata  Dr Asri yang juga pensyarah Universiti Malaya, parti politik tidak harus  menghina kebolehan pengundi untuk berfikir.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pembangkang tentang proses persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPR membuat cadangan berpandukan perlembagaan dan batasan perundangan. Mereka tidak boleh menjawab menerusi kenyataan media seperti mana orang politik.Jika benar mereka mempunyai bukti, cabarlah SPR menggunakan peruntukan perundangan, bukan mempolitikkan badan itu sehingga orang ramai keliru,” katanya.

SPR memberi tempoh bantahan sehingga 14 Oktober yang membolehkan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan  seratus pengundi berdaftar di sesuatu kawasan mengemukakan pandangan atau bantahan.

Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada SPR untuk mencadang dan melaksanakan persempadanan semula bagi tempoh setiap  lapan tahun sekali.

Kali terakhir SPR melaksanakan proses persempadanan semula adalah pada tahun 2002 dan diterima pakai pada tahun 2003.

Sepatutnya SPR melaksanakan proses persempadanan yang baharu pada tahun 2013.

“Memandang PRU ke-13 diadakan pada tahun tersebut, proses persempadanan telah dilanjutkan kepada tahun 2016,” ujarnya.

Beliau berkata, polarisasi mengikut etnik dalam PRU wujud bukan disebabkan oleh SPR tetapi disebabkan oleh parti yang cuba meraih undi daripada etnik tertentu di negara ini, termasuklah DAP.

“Ini bukanlah rahsia umum,” tegasnya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.